Skip to main content

Hiburan

Alha Alfa Serah RM20,000 Hasil Jualan Set Produk Khas Untuk Rawatan Anak Kedua Amyza Aznan - “Saya Dah Sampaikan Amanah Ini”

Alha Alfa

Sekilas

  • Datuk Alha Alfa menyumbang RM20,000 hasil jualan set produk khas untuk membantu kos rawatan anak kedua pelakon Amyza Aznan, Adrian Adam yang menghidap kanser tulang.
  • Alha memaklumkan sumbangan itu melalui Instagram dan berterima kasih kepada pengguna yang menyokong pembelian produk tersebut.
  • Beliau turut mendoakan kesembuhan dan kekuatan buat Adrian serta keluarganya dalam menghadapi ujian ini.

Usahawan kosmetik dan pempengaruh media sosial, Datuk Alha Alfa, menghulurkan bantuan sebanyak RM20,000 bagi meringankan kos rawatan anak kedua pelakon Amyza Aznan, iaitu Adrian Adam yang disahkan menghidap kanser tulang awal Ramadan lalu.

Menerusi Instagram (IG), Alha memaklumkan bahawa sumbangan tersebut merupakan hasil kutipan set produk khas yang dilancarkannya pada 21 Februari lalu.

“Salam semua pengguna yang support pembelian set untuk kita bantu kos rawatan anak kedua Kak Amyza, iaitu Adrian Adam. Saya dah pun sampaikan amanah ini. Semoga dipermudahkan urusan Kak Amyza dan anak-anak,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, Alha turut berdoa agar Adrian segera diberikan kesembuhan dan kekuatan menghadapi ujian yang menimpa.

“Semoga Adrian sehat sediakala. Mari kita doakan kesembuhan syifa utk Adrian, amin,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Alha tampil dengan inisiatif murni apabila melancarkan set produk khas bagi membantu anak kepada pelakon Amyza Aznan yang disahkan menghidap kanser tulang.

Menerusi perkongsian di media sosial, Alha memaklumkan dia akan mengadakan siaran langsung bagi menjual set atau produk khas dan hasil jualan tersebut akan diserahkan sepenuhnya kepada Amyza serta anak-anaknya.

Sumber: Instagram Alha Alfa

Anda mungkin berminat dengan

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Must-Watch Video

Advertisement