Skip to main content

Hiburan

Alami Kecederaan Ketika Lakon Babak Tumbuk, Zarif Ghazzi Tetap Mahu Teruskan Penggambaran - “Ada Pendarahan Tapi…”

WhatsApp Image 2026 07 01 at 3.31.16 PM

Sekilas

  • Pelakon Zarif Ghazzi mengalami kecederaan ringan di bibir akibat insiden ketika penggambaran drama Cela, apabila adegan menumbuk tersasar sedikit mengenai mukanya.
  • Walaupun pihak produksi mencadangkan rehat, Zarif memilih untuk teruskan penggambaran demi menyempurnakan babak tersebut.
  • Drama Cela yang diterbitkan oleh Viu turut menampilkan pelakon lain seperti Nabila Huda, Hun Haqeem, dan Zain Saidin.

Pelakon Zarif Ghazzi mendedahkan dia mengalami kecederaan ringan di bahagian bibir disebabkan berlaku satu insiden yang tidak dijangkakan ketika menjalani penggambaran drama Cela baru-baru ini.

Menurut pelakon berusia 22 tahun itu, insiden berkenaan berlaku ketika dia melakukan adegan menumbuk dengan pelakon tambahan.

“Insiden itu berlaku pada waktu malam… Sabtu lalu. Saya lakonkan satu babak aksi dan pergerakan seakan menumbuk daripada pelakon tambahan itu tersasar sehingga terkena sikit dekat muka saya.

“Dia macam tersasar sebenarnya… sebab sepatutnya tak terkena pun. Saya alami luka kecil saja, cuma ada pendarahan tapi sangat kecil dan sangat minima. Bila jumpa dengan
doktor pun cakap tak ada masalah cuma kena perlu rehat seketika.

“Jadi Alhamdulillah setelah saya berbincang dengan produksi, dapatlah saya direhatkan
dalam masa tiga hari dan selepas itu selesai terus sambung penggambaran hari ini,” katanya kepada Gempak.

Zarif ditemui ketika sesi temu bual bersama barisan pelakon drama Cela yang diadakan di DSH Villa, Hulu Langat, pada Rabu.

Dalam pada itu, Zarif memberitahu dia tetap mahu meneruskan penggambaran biarpun pihak produksi dan pengarah meminta untuk menghentikan sehingga aktor berkenaan kembali pulih.

“Pihak produksi memang mengutamakan keselamatan, ikutkan pengarah dan penerbit minta untuk hentikan penggambaran waktu itu juga dan sambung keesokan hari atau pada hari saya sudah elok.

“Tapi untuk saya sebagai seorang pelakon yang dah dahagakan rasa sebenar supaya saya dapat sampaikan dekat penonton, saya cakap dekat pengarah, teruskan saja sebab dah alang-alang menyeluk pekasam, kita habiskan saja babak itu.

“Nanti dah selesai baru kita fikir kesan selepas itu. Jadi memang saya yang ambil risiko untuk sambung. Sebab Alhamdulillah saya ada tengok sedikit rakaman babak itu, ianya cantik dan berbaloi,” ujarnya.

Untuk info, selain Zarif, drama terbitan Viu berjudul Cela itu turut dibintangi oleh Nabila Huda, Hun Haqeem, Zain Saidin, Ellyza Azizi dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement