Skip to main content

Hiburan

“Aku Nak Share Sikit Hubungan Sulit Kami...” – Aedy Ashraf Kongsi Evolusi Kerjaya Bersama Razaisyam Rashid

Astro Gempak 523

Sekilas

  • Aedy Ashraf berkongsi perjalanan kariernya bersama pengarah Razaisyam Rashid yang bermula dari projek Project: Anchor SPM pada 2020 hingga filem Tarung: Unforgiven.
  • Mereka berkembang dari hubungan pelakon-pengarah kepada rakan produksi yang saling menyokong dalam dunia pembikinan filem.
  • Aedy berharap kisah perjalanan mereka dapat memberi inspirasi kepada pembikin filem muda tempatan untuk terus mengejar impian.

Pelakon dan penerbit Aedy Ashraf berkongsi perjalanan kariernya bersama pengarah Razaisyam Rashid yang disifatkan banyak membuka matanya mengenai dunia pembikinan filem.

Menerusi satu perkongsian dalam Threads, Aedy menyifatkan hubungan mereka berkembang daripada sekadar pelakon dan pengarah kepada rakan produksi dalam merealisasikan pelbagai karya.

“Aku nak share sikit, hubungan sulit aku dengan Razaisyam Rashid.

“From actor-director to producer-director,” tulisnya berseloroh.

Menurut Aedy, perjalanan mereka bermula menerusi siri premium Project: Anchor SPM pada tahun 2020 yang menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya.

“Melalui projek ni aku discover something bigger than just acting, the beauty of filmmaking.

“Aku nampak how a strong team and healthy shooting environment could shape the project and everyone involved in it,” katanya.

Tambah Aedy, projek tersebut turut membuka matanya mengenai makna sebenar dunia perfileman.

“Project itu juga membuka mata aku to what filmmaking truly meant,” ujarnya.

Selepas itu, mereka kembali bekerjasama menerusi siri premium ID pada tahun 2023 sebelum meneruskan perjalanan menerusi Kahar: Kapla High Council pada 2024.

“Dekat sini aku belajar untuk jadi kental.

“Nak kejar dreams memang kena kental. Chase your dreams if it truly means something to you, chase it like there’s no tomorrow,” katanya lagi.

df

Menurut Aedy, segala usaha dan perjalanan mereka akhirnya menjadi kenyataan menerusi filem Tarung: Unforgiven yang kini hangat di pawagam.

“2026, the dreams become reality.

“Nak tahu sambungan journey ni korang boleh tengok The Making Of Tarung: Unforgiven. Aku cerita setiap liku-liku dalam pembikinan filem Tarung,” katanya.

Dalam masa sama, Aedy berharap perkongsian tersebut dapat menjadi inspirasi buat pembikin filem muda tempatan.

“Semoga boleh memberi inspirasi kepada semua filmmakers muda di Malaysia,” ujarnya.

Filem aksi tempatan Tarung: Unforgiven terus mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya meraih kutipan terkini sebanyak RM20.3 juta selepas ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 7 Mei lalu.

Tarung: Unforgiven membariskan pelakon hebat tanah air seperti Aedy Ashraf, Mierul Aiman, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Sky Iskandar dan Aeril Zafrel.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Must Watch Video

Advertisement