Skip to main content

Kpop

Aktor Jung Sung II Bergelar Duda Pada Usia 55 Tahun

Jung Sung II

Bintang The Glory, Jung Sung II mengumumkan dirinya sudah bercerai selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Pengumuman tersebut disampaikan aktor berusia 55 tahun melalui agensinya, XYZ Studio, awal minggu ini, lapor Soompi.

Advertisement

“Selepas mengambil pertimbangan yang panjang, Jung Sung II dan pasangannya memutuskan untuk bercerai.

“Perceraian ini diambil secara keputusan bersama. Walaupun sudah bercerai, mereka akan tetap menjadi sahabat dan menyokong antara satu sama lain.

“Mereka juga akan melakukan yang terbaik untuk membesarkan anak bersama,” kata kenyataan tersebut.

Aktor itu berkahwin pada 2016 bersama isteri yang bukan dalam kalangan selebriti selepas menjalin hubungan yang agak ‘unik’. Menerusi satu temu bual dalam program You Quiz on the Block, dia mendedahkan bertemu, bercinta dan kemudian putus hubungan dengan kekasihnya.

Wanita itu bagaimanapun masih menjalin hubungan baik dengan ibunya dan pernah membawa warga emas itu ke hospital. Kerana tersentuh dengan kebaikan dan sikap bekas isterinya, mereka berkahwin selepas lapan tahun putus cinta.

Must-Watch Video

Advertisement