Skip to main content

Hiburan

Aina Abdul Akui Lagu ‘Kumbang Bunga’ Sukar, Tak Mahu Hampakan Permintaan Biduanita Negara - "Saya Petak Jap..."

Aina Abdul

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul mengakui lagu Kumbang Bunga merupakan lagu yang cukup ‘addictive’ sehingga sukar untuk dilupakan sebaik sahaja didengari.

Menurut Aina, lagu tersebut mempunyai daya tarikan tersendiri yang membuatkan ia mudah melekat dalam fikiran pendengar.

“Lagu yang sangat ‘addictive’. Sekali dah melekat kat kepala, memang susah nak keluar,” kongsinya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Ya Habibi Ya Aidilfitri itu juga mengakui berasa gementar apabila diminta untuk berduet lagu tersebut bersama Bidunita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. 

Jelas Aina, dia sudah lama tidak mengasah teknik lenggok suara yang diperlukan untuk lagu tersebut.

Tambah Aina lagi, cabaran utama terletak pada bahagian tertentu lagu yang asalnya dibawakan oleh penyanyi Indonesia, Lesti Kejora, yang disifatkannya bukan mudah untuk disampaikan.

“Cengkok Aina dah berkarat, lama dah tak asah lenggok-lenggok ni. Bila dapat tugasan kena nyanyi duet lagu ni dengan Kak Iti, Aina petak jap sebenarnya. 

“Part Lesti tu tak mudah ya, Kak Iti sendiri yang request lagu ni, Aina tak boleh hampakan idola Aina. Bukan senang nak dapat peluang macam ni,” jelasnya.

Terdahulu, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan rasa teruja terhadap persembahan duetnya bersama penyanyi, Aina Abdul menerusi lagu Kumbang Bunga. 

Menerusi satu hantaran di Threads, Siti turut memuji nyanyian Aina Abdul sewaktu tampil bersamanya di pentas Aku Cinta Padamu Siti Nurhaliza 30 Tahun. 

Aina Abdul tampil sebagai penyanyi jemputan bagi Meraikan tiga dekad kegemilangan Siti Nurhaliza menerusi konsert  tersebut. 

Selain Aina turut sama-sama meriahkan konsert tersebut Kmy Kmo & Luca Sicta.

Anda mungkin berminat dengan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Must-Watch Video

Advertisement