Skip to main content

Selebriti

Aidil Aziz Tegas, Terus Letak ‘Border’ Untuk Tidak Diganggu Lelaki - “Jangan Kacau Aku, Jangan Try Aku”

Aidil Aziz pernah diganggu lelaki

Sekilas

  • Aidil Aziz pernah didekati lelaki ketika baru menapak dalam dunia hiburan dan belajar untuk menjaga ruang peribadi dengan tegas.
  • Dia menegaskan pentingnya menetapkan sempadan atau 'border' supaya orang lain segan dan hormat, serta tidak mengganggu dirinya.
  • Aidil dan isterinya, Fasha Sandha, bergaul dengan semua golongan tetapi tetap menjaga batas untuk memastikan hubungan harmoni.

Pelakon, Aidil Aziz pernah melalui melalui pengalaman didekati lelaki ketika dirinya masih bujang dan baru menapak dalam dunia hiburan.

Tegas menjaga ruang peribadi, Aidil berkara pengalaman itu mengajarnya untuk lebih berhati-hati dan tidak memberi peluang kepada individu yang mempunyai niat tidak baik.

“Dulu masa saya bujang adalah sebab kita pun baru lagi dalam industri dan kita tidak boleh lari dengan perkara seperti itu.

“Cuma bila saya tahu how to be defensive, tak nak bagi orang kacau jadi kita jangan bagi muka langsung,” ujarnya.

Aidil berkata demikian ketika ditemui pada sesi penggambaran kempen Ramadan dan Raya Astro bertempat di 20twelve Studio, Petaling Jaya pada Khamis.

Jelas Aidil lagi, menetapkan sempadan atau ‘borde’ menjadi kunci utama untuk menghalang pihak yang ingin menganggu dirinya.

“Jadi bila saya letak border, secara tidak langsung orang akan ada rasa segan, takut, respek untuk kacau kita.

“Jadi saya dah letak border tu siap siap, supaya orang yang begini jangan kacau dan saya paling pantang sekiranya orang seperti ini kacau saya.

“Saya memang pantang sikit tentang hal ini, ialah takkan kita suka pula. Tak best lah sebab kita ini pun muslim.

“Tips saya adalah saya letak border itu siap-siap, kau lepas border ni kau siap. Maksud siap itu mungkin saya akan terus bertegas,” jelasnya.

Bagaimanapun, Aidil menegaskan bahawa dia sentiasa menghormati semua orang selagi mereka tidak melampaui batas.

Malah kata Aidil lagi, dia dan isterinya iaitu pelakon, Fasha Sandha bergaul dengan semua golongan, namun tetap menjaga batas bagi memastikan hubungan sesama insan kekal harmoni.

“Saya tidak judge, saya tidak pernah menghukum, saya respek, kalau orang tu baik dengan saya, saya baik cuma jangan lepas sempadan yang dah saya buat.

“Maksudnya jangan kacau aku, jangan try aku, itu sahaja. Ramai juga kawan-kawan yang seperti itu selesa dengan saya.

“Saya bergaul dengan semua orang, saya dan isteri kawan dengan semua orang. Tapi kami letak batas siap siap,” ujarnya.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement