Skip to main content

Hiburan

Agy Aktif Masuk Kelas Vokal, Perbaiki Kualiti Nyanyian - “Saya Tanya Cikgu Kalau Saya Tak Boleh Nyanyi Tolong Cakap, Saya Berhenti...”

Astro Gempak 242

Sekilas

  • Agy kini lebih aktif menghadiri kelas vokal untuk memperbaiki mutu nyanyian selepas menerima tekanan susulan pelancaran lagu raya Lala Raya.
  • Dia mendapat sokongan daripada guru vokal yang membantu mencari tona dan key suara yang sesuai dalam tempoh 10 sesi pembelajaran.
  • Agy memohon maaf atas kontroversi lagu tersebut dan menegaskan tiada niat menghina mana-mana agama, bangsa atau kaum.

Penyanyi dan pempengaruh Agy mengakui kini lebih aktif menghadiri kelas vokal susulan tekanan yang diterima selepas pelancaran lagu rayanya berjudul Lala Raya baru-baru ini.

Menurut Agy, dia mengikuti kelas bagi memperbaiki mutu nyanyian serta mencari tona suara yang lebih sesuai dengan dirinya.

“Saya kelas vokal dengan Cikgu Syafie dan juga Cikgu Azri. Lepas pressure keluar lagu raya ini, saya lagi aktif pergi kelas.

“Saya tanya cikgu jujur, ‘Cikgu saya tak boleh menyanyi ke? Kalau saya tak boleh nyanyi, saya berhenti’,” katanya.

Namun jelas Agy, kata-kata semangat daripada Cikgu Syafie menjadi pembakar semangat untuk terus memperbaiki diri.

“Cikgu cakap, Agy you can sing. Kalau awak tak boleh menyanyi, memang saya sendiri tak akan willing.

“Dia bagi saya 10 sesi dan akan pastikan dalam tempoh itu dia transform saya ikut tone dan key yang sesuai,” ujarnya.

Agy turut mengakui kesilapan teknikal mungkin berlaku ketika menghasilkan lagu tersebut kerana tidak mendapatkan pandangan guru vokal lebih awal.

“Mungkin masa buat lagu itu kami terlupa nak tanya, okey tak key ini? Itu mungkin kesilapan.

“Tapi dari segi vokal, Cikgu kata boleh cari tune yang sesuai. Suara saya lain dan saya tak buat-buat,” jelasnya.

Dalam masa sama, Agy tidak menafikan dia pernah berasa hampir berputus asa sehingga terfikir untuk memadam semua hasil kerjanya.

“Sejujurnya ada rasa nak give up. Saya hampir take everything down sebab rasa benda itu macam dah out of hand.

“Tapi saya kena hargai hasil kerja team saya dan tak boleh selfish. Saya kena hadap benda ini,” katanya.

Terdahulu, Agy tampil membuat permohonan maaf susulan kontroversi lagu Lala Raya yang didakwa mempunyai unsur atau gambaran persis lukisan terkenal, The Last Supper.

Menurutnya, dia sama sekali tidak mempunyai niat untuk menghina mana-mana agama, bangsa atau kaum menerusi karya tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Must-Watch Video

Advertisement