Sekilas
- Pelakon Adrianna Adnan menegur sikap majikan yang memarahi pekerja secara terbuka di hadapan pelanggan kerana ia menjatuhkan maruah pekerja dan membuat pelanggan rasa tidak selesa.
- Adrianna mencadangkan agar teguran dilakukan secara peribadi kecuali jika melibatkan salah laku langsung antara pekerja dan pelanggan yang memerlukan tindakan segera.
- Adrianna juga mengingatkan agar majikan bersabar terutama dalam situasi mencabar seperti bulan puasa dan cuaca panas, supaya suasana kerja lebih harmoni dan pelanggan tidak rasa awkward.
Pelakon, Adrianna Adnan tampil berkongsi pandangan berhubung sikap segelintir majikan yang memarahi pekerja secara terbuka di hadapan pelanggan.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Adrianna berkata tindakan menegur atau memarahi pekerja di depan orang ramai bukan sahaja menjatuhkan maruah mereka, malah membuatkan pelanggan berasa tidak selesa.
“Kalau nak marah staff atau pekerja, tarik ketepi. Tegur in private. Faham, marah dan frustrated. Tapi tengok keadaan sekeliling.
“Jangan maki hamun pekerja depan customer yang tak perlu tahu pun apa masalah korang.
“Customer nak beli pun rasa serba salah and rasa segan atau awkward terpaksa tengok situasi tersebut,” tulisnya.
Adrianna mengulas perkara itu selepas melihat situasi yang berlaku di depan matanya di sebuah bazar, di mana seorang pekerja dimarahi majikannya di hadapan pelanggan.
Tambah Adrianna lagi, teguran secara terbuka hanya wajar sekiranya melibatkan salah laku secara langsung antara pekerja dan pelanggan yang memerlukan penyelesaian segera.
“Saya faham mencari rezeki dalam bulan puasa, cuaca panas, staff yang menguji kesabaran memang tak mudah.
“Tapi, kalau kita boleh sabar sikit sahaja, insya-Allah, Dia akan permudahkan. Nak marah sangat atau nak tegur tunggu bila customer dah gerak ok?
“Pekerja tak malu, pelanggan pun tak segan. Lainlah kalau pekerja tu buat hal kat pelanggan or vice versa. Haa tu boleh tegur direct, jadi boleh terus minta maaf sesama mereka,” jelasnya.
Berikut merupakan perkongsian penuh Adrianna:

Sumber: Threads @adriannaadnan