Sekilas
- Ayda Jebat menegaskan bahawa golongan bapa kini sangat cekap dalam menguruskan anak, termasuk menukar lampin dan menyediakan susu.
- Ayda menegaskan setiap keluarga mempunyai cara tersendiri dalam menguruskan kehidupan dan tanggungjawab keluarga.
- Perkongsian Ayda mengenai suaminya yang positif COVID-19 mencetuskan salah faham netizen tentang kemampuan Ayda menguruskan anak.
Penyanyi, Ayda Jebat meminta orang ramai agar tidak memandang rendah terhadap kemampuan golongan bapa dalam menguruskan anak-anak.
Kata Ayda, golongan bapa masa kini sangat cekap dalam penjagaan anak termasuk melakukan rutin harian seperti menukar lampin, menyediakan susu dan menguruskan keperluan bayi.
"Geng bapak mahir handle anak hadirkan diri meh! Jangan dibuat main bab suami pandai jaga anak. Geng bapak-bapak memang ramai yang mahir jaga anak, especially zaman sekarang. Selalu bila masuk je bilik baby dekat mall, penuh ayah daddy papa abah dalam tu tukarkan diaper anak, buat susu anak dan sebagainya.
"Tak pelik. Ada benda geng bapak boleh buat, dorang buat. Ada benda geng mak boleh buat ofcoz kita buat," tulisnya di Threads.
Dalam pada itu, pelantun lagu Pencuri Hati itu juga menegaskan bahawa setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menjalani kehidupan berkeluarga.
“Ada benda yang geng bapak boleh buat, mereka buat. Ada juga perkara yang geng mak lakukan. Tak pelik pun. Lain orang, lain cara, lain kehidupan, lain anak, lain rumah, lain suami,” jelasnya.
Terdahulu, Ayda berkongsi bahawa suaminya, Nabil Mahir terpaksa menjalani kuarantin selepas disahkan positif COVID-19.
Namun, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi apabila segelintir netizen menyalah tafsir kenyataan Ayda sehingga timbul dakwaan bahawa penyanyi itu tidak tahu menguruskan anak kerana sebelum ini kebanyakan tugas tersebut dilakukan oleh suaminya.