Sekilas
- Abby Abadi berkongsi pesanan menyentuh hati buat anak angkatnya, Maira Darda Farisa, sempena ulang tahun kelahiran keenamnya.
- Abby mendoakan agar Darda membesar menjadi insan berjaya dan tidak melupakan jasa serta pengorbanan ibu bapa yang membesarkannya.
- Abby menegaskan kasih sayang ibu bapa tidak berbeza antara anak-anak dan berharap Darda menjadi anak yang bersyukur dengan apa yang dimiliki.
Pelakon, Abby Abadi menitipkan pesanan menyentuh hati buat anak angkatnya, Maira Darda Farisa bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang keenam.
Menerusi perkongsian di media sosial, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan mendoakan agar anaknya itu membesar menjadi insan yang berjaya dan tidak melupakan jasa serta pengorbanan ibu bapa yang membesarkannya.
“Darda ingat ye, bila Darda besar, dah pandai dan dah berjaya nanti, jangan lupa siapa yang bekerja keras untuk bagi Darda segalanya dan siapa yang doakan Darda siang, malam.
“Bila dah besar dan punya dunia sendiri, jangan lupa mama abah yang pernah jadi seluruh duniamu.
“Nak makan minum cari mama abah, nak mandi cari mama abah, nak berjalan pun semua nak ikut mama abah. Nak apa-apa pun semua mencari mama abah,” coretnya.
Tambah Abby lagi, sebagai ibu bapa, mereka tidak pernah membezakan kasih sayang antara anak-anak.
Malah kata Abby, dia juga berharap agar Darda membesar sebagai seorang anak yang bersyukur dengan apa yang dimiliki.
“Mama Abah tak pernah membezakan anak-anak. Cuma jadilah anak yang bersyukur apa adanya, sebab mama abah ni tak ada apa pun.
“Nampak sahaja macam boleh bagi semua, tapi tersengguk sengguk nak cukupkan semua.
“Membersarlah jadi hebat, tapi jangan lupa asal dan orang tua mu,” tulisnya.
Sumber: Instagram @abbyabadi_112