Skip to main content

Selebriti

Abang Dedah Momen Syed Saddiq Jatuh Cinta, Ucap ‘I Love You’ Pada Bella - “Sepanjang 33 Tahun , Tak Pernah Sekali Pun Dengar Dia Kata…”

Space Dollah Syed Saddiq

Sekilas

  • Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, berkongsi momen peribadi apabila Saddiq pertama kali mengucapkan 'I love you' kepada Bella Astillah, menandakan dia benar-benar jatuh cinta.
  • Space Dollah berkata sepanjang 33 tahun mengenali Saddiq, ini kali pertama dia dengar adiknya mengungkapkan kata-kata cinta tersebut.
  • Bella Astillah kini bertunang dengan Syed Saddiq, selepas berpisah kali kedua dengan bekas suami Aliff Aziz, dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Space Dollah, berkongsi sisi peribadi adiknya yang jarang dilihat oleh umum.

Menerusi perkongsian di platform Threads, mendedahkan detik yang membuatkan dirinya yakin adiknya itu benar-benar jatuh cinta adalah ketika pertama kali mendengar Saddiq meluahkan kata-kata “I love you” kepada aktres, Bella Astillah.

Menurut Space Dollah, sepanjang 33 tahun mengenali Syed Saddiq, dia tidak pernah sekali pun mendengar ungkapan itu diucapkan oleh adiknya sebelum ini.

“Saat saya tahu awak benar-benar jatuh cinta dengannya… adalah ketika saya mendengar awak mengucapkan ‘I love you’ kepada Bella.

“Fakta menarik, sepanjang 33 tahun bersamanya, saya tidak pernah sekali pun mendengar dia mengucapkan kata-kata tersebut.

“Wishing you both nothing but the best. With love, PresidentBASS,” coretnya.

Sementara itu, netizen juga turut menyatakan rasa teruja sebaik sahaja mendapat tahu fakta tersebut dan mendoakan agar segala urusan perkahwinan pasangan itu dipermudahkan.

Terdahulu, Bella Astillah dilaporkan telah mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq pada petang Sabtu.

Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016.

Pasangan itu bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk kembali, namun berpisah kali kedua pada Mac 2024.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sumber: Threads @truedollah

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

Must-Watch Video

Advertisement