Skip to main content

Hiburan

Aaron Aziz Dedah Pengalaman Dahsyat Ketika Hari Arafah - "Kami Diletakkan Di Suatu Tempat Yang..."

Astrogempak AARON

Sekilas

  • Datuk Aaron Aziz berkongsi pengalaman mencabar ketika menunaikan ibadah haji, terutama pada Hari Arafah apabila jemaah lelaki tidak mendapat khemah sesuai dan terdedah kepada karbon monoksida dari bas berhampiran.
  • Aaron menggunakan pelbagai inisiatif sendiri seperti menggunakan tilam, selimut, dan payung untuk mengurangkan kepanasan serta menghadapi masalah telefon bimbit yang terlalu panas akibat cuaca ekstrem.
  • Walaupun menghadapi kesukaran, Aaron bersyukur kerana ada individu yang membantu dengan bekalan ais dan minuman sejuk, memudahkan urusan jemaah di tengah cuaca panas di Arafah.

Pelakon, Datuk Aaron Aziz berkongsi pengalaman mencabarnya ketika menunaikan ibadah haji beberapa tahun lalu.

Menurut Aaron, situasi paling sukar yang dilaluinya berlaku pada Hari Arafah apabila jemaah lelaki tidak mendapat khemah yang sesuai dan terdedah dengan karbon monoksida daripada bas berhampiran membuatkan mereka berasa tidak selesa.

“Paling dahsyat sekali Hari Arafah, kami suami isteri pada mulanya di maktab berlainan, kemudian disatukan tetapi yang lelaki tak dapat khemah.

“Kami diletakkan di suatu tempat yang agak kecil betul-betul sebelah pagar. Di sebelah pagar ada bas yang enjinnya tak ditutup dari pagi sampai maghrib.

“Karbon monoksida keluar dan angin panas daripada aircond khemah yang lain pun menghala pada kami. Jadi kami jemaah berfikir macam mana nak buat dalam keadaan begini," katanya.

Cuba memudahkan urusan jemaah lain, pelakon itu turut menggunakan pelbagai inisiatif sendiri bagi mengurangkan kepanasan yang dihadapi ketika itu.

Malah, Aaron turut berdepan situasi apabila telefon bimbitnya mengalami masalah terlalu panas akibat cuaca ekstrem.

“Saya pun ambil tilam buat alas, ambil sebahagian daripada selimut kemudian ikat untuk tutup keliling, ambil payung halang ekzos bas dan ambil tilam untuk tutup. Saya keluarkan telefon bimbit nak tanya khabar isteri, tapi tak sampai beberapa saat telefon saya keluar amaran overheat.

“Saya terpaksa ambil kain untuk sejukkan takut meletup,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, Aaron bersyukur apabila urusannya dipermudahkan Allah SWT apabila ada individu yang datang membantu jemaah dengan bekalan ais bagi menyejukkan badan.

“Tapi Allah mempermudahkan, setiap dua jam ada hamba Allah datang bagi kami ais dua bakul besar, satu untuk minum satu lagi untuk rendam ihram sebab panas sangat. Rendam ihram sekarang, bila pakai 10 minit dah kering.

“Ada air dan vitamin C, kami buat jadi jus oren sejuk. Saya siap buat teh O ais lagi guna uncang teh dan berkongsi dengan jemaah lain. Ini adalah inisiatif masing-masing kerana cuaca panas di Arafah.

“Untuk haji, ini yang paling mencabar tetapi Allah mudahkan dengan adanya air sejuk,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement