Skip to main content

Hiburan

8 Tahun Betty Benafe Hadap Konflik Sama, Bekas Suami Siap Buat Laporan Palsu - "Saya Dah Cukup Sabar..."

Astrogempak BETTY

Sekilas

  • Betty Banafe berkongsi rasa kecewa berdepan pertikaian mahkamah selama lapan tahun melibatkan bekas suaminya dengan 17 kes saman difailkan.
  • Beliau mempersoalkan tindakan bekas suami yang menetap di Amerika tetapi masih mahu mendapatkan hak penjagaan penuh anak-anak.
  • Betty juga menafikan tuduhan dera yang dibuat oleh bekas suaminya dan menegaskan beliau tidak pernah menuntut nafkah ketika perceraian.

Pelakon dan penyanyi, Betty Banafe meluahkan rasa kecewa apabila terpaksa berdepan pertikaian mahkamah yang berlarutan sejak bertahun-tahun melibatkan bekas suaminya.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Betty mendedahkan konflik tersebut kini memasuki tahun kelapan, dengan pelbagai kes difailkan terhadapnya.

“Saya dah cukup sabar… ini sudah masuk tahun ke-8, turun naik mahkamah hampir setiap bulan. Ada 17 kes saman difailkan termasuk lima komital yang langsung tidak berkaitan dengan perintah penjagaan sementara.

“Tak kesian ke tengok anak-anak terpaksa hadap perbualan negatif dan toksik setiap kali berjumpa keluarga bekas suami?

“Kenapa tak fokus pada kewangan dan masa depan anak-anak, daripada terus berperang di mahkamah hanya untuk rebut hak penjagaan penuh?” katanya.

Dalam masa sama, Betty turut mempersoalkan tindakan bekas suaminya yang didakwa menetap di luar negara namun masih berusaha mendapatkan hak penjagaan penuh.

“Bekas suami berada di Amerika, tapi masih nak rebut kuasa penuh penjagaan sedangkan tak mampu jaga anak-anak secara langsung,” ujarnya.

Tambah Betty, ketika perceraian dahulu, dia tidak pernah menuntut sebarang nafkah seperti mutaah, eddah mahupun harta sepencarian kerana hanya menginginkan ketenangan hidup.

“Waktu cerai dulu, saya tak minta apa-apa. Saya cuma nak berdamai dan mencari ketenangan jiwa serta memperbaiki diri. Salah ke?” luahnya.


Dalam hantaran sama, Betty turut mendakwa wujud laporan palsu yang kepada pihak berkuasa yang dilaporkan oleh bekas suami dengan menyatakan anak-anaknya di dera olehnya dan pembantu.

“Inilah bila bekas suami bertindak melampau, menjadikan anak sebagai umpan untuk membuat laporan terhadap saya atas tuduhan dera anak-anak dan pembantu rumah. Akhirnya anak-anak sendiri rasa tertipu,” tambahnya.

Berikut merupakan perkongsian penuh Betty: 

 

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Must-Watch Video

Advertisement