Sekilas
- Pelakon Atikah Suhaime mendedahkan dia pernah menjadi mangsa buli di sekolah kerana memiliki rambut kerinting.
- Rakan-rakannya sering meletakkan barang seperti ubat stapler dan pensel di kepala Atikah untuk menguji ketahanan rambutnya.
- Pengalaman buli tersebut meninggalkan kesan trauma kepada Atikah sehingga kini.
Pelakon, Atikah Suhaime mendedahkan bahawa dirinya pernah menjadi mangsa buli ketika di bangku sekolah.
Menerusi perkongsian di Threads, Atikah berkata dia dibuli oleh rakan-rakannya hanya kerana memiliki rambut 'curly'.
Menurutnya, mereka sering meletakkan barang di bahagian kepalanya untuk menguji ketahanan rambutnya.
"Saya kena buli semasa di sekolah. Budak-budak campak benda di kepala saya seperti ubat stapler, pensel dan banyak lagi supaya mereka boleh lihat yang mana satu boleh tersekat pada rambut curly saya," tulisnya.
Atikah bagaimanapun mengakui perkara tersebut telah memberikan kesan padanya sehingga menyebabkan dirinya trauma.
"Saya sangat trauma dengan perkara itu,"ujarnya.