Skip to main content

GMWA2025: “Salah Satu Detik Dalam Hidup Yang Saya Banggakan” - Jason Syukur Menang Digital Creator (Foodie) Tergempak

ASTROGEMPAK Jason GMWA

Sekilas

  • Jason dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Digital Creator (Foodie) Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2025.
  • Dia hanya tahu tentang kemenangannya selepas video dimuat naik oleh Qisnizam di Instastory dan mengucapkan terima kasih kepada teman wanita serta komuniti.
  • Jason mengakui perjalanan kerjayanya masih panjang dan berjanji untuk memulakan saluran YouTube walaupun tidak dapat hadir pada malam kemuncak GMWA2025.

Pencipta kandungan, Jason meluahkan rasa syukur apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Digital Creator (Foodie) Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2025 (GMWA20225).

 

Menurut Jason, dia hanya mengetahui tentang kemenangan itu selepas individu bernama, Qisnizam, memuat naik video di Instastory. 

 

Malah Jason yang dikenali dengan reviu makanan di laman sosial turut mengucapkan terima kasih kepada teman wanita, komuniti dan ‘geng’nya. 

 

“Saya takkan tahu saya menang anugerah Gempak kalau Qisnizam tak tag saya. Salah satu daripada beberapa detik dalam hidup saya yang saya banggakan.

 

“Semuanya terima kasih kepada teman wanita dan komuniti saya, geng saya,” katanya menerusi Threads. 

 

Dalam masa sama, Jason mengakui perjalanan kerjayanya masih panjang dan banyak perkara yang perlu diperbaiki serta dipelajari.

 

“Baru bermula, banyak lagi yang perlu diperbaiki, dipelajari dan saya perlu memulakan saluran YouTube saya.

 

“Saya tidak dapat pergi kerana sibuk shooting tetapi sangat-SANGAT bersyukur,” ujarnya yang tidak dapat hadir pada malam kemuncak GMWA2025 yang diadakan pada Ahad. 

 

Jason berjaya menewaskan sembilan lagi calon yang lain iaitu Capikkkkkk, Cik Dayang, Darus Lantak, Georgen, Isaac Osman, Ming Chun Food, Norrisham, Sofiaa Marieylla dan Syiqin Azrin.

Anda mungkin berminat dengan

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

【READY STOCK AT Johor】 Hotgirl⭐Women's casual wide leg pants loose pants straight trousers(SIZE: S-3XL)

【READY STOCK AT Johor】 Hotgirl⭐Women's casual wide leg pants loose pants straight trousers(SIZE: S-3XL)

Nike Men's Zoom Fly 6 Road Racing Shoes - Cannon [FN8454-003]

Nike Men's Zoom Fly 6 Road Racing Shoes - Cannon [FN8454-003]

ZANZEA Women Daily Retro Casual Loose Long Sleeve Solid Color Blouse

ZANZEA Women Daily Retro Casual Loose Long Sleeve Solid Color Blouse

《Mega Deal》Korean Women Woven Tie Pants Summer Casual Shorts High Waist Short Sport Ins Tide Student Girl Pants

《Mega Deal》Korean Women Woven Tie Pants Summer Casual Shorts High Waist Short Sport Ins Tide Student Girl Pants

Plus Size 3 Colors Kasut Lelaki Men Leather Sneakers Breathable Krasovki Shoes Super Light White Casual Shoes Male Tenis Masculino 38-48

Plus Size 3 Colors Kasut Lelaki Men Leather Sneakers Breathable Krasovki Shoes Super Light White Casual Shoes Male Tenis Masculino 38-48

Must Watch Video

Advertisement