Skip to main content

Berita Tempatan

Rozita Che Wan, Adira, Alha Alfa & Datuk Red Tarikan Utama Di SyurgaWanita, Sasar 1 Juta Pelanggan Aktif

SYURGAWANITA

Dunia beli-belah wanita kini melangkah ke era baharu dengan pelancaran SyurgaWanita (www.syurgawanita.com), platform e-dagang yang direka khusus untuk memenuhi gaya hidup wanita moden di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Dengan konsep 'Women’s Paradise', SyurgaWanita menjadi pusat sehenti merangkumi kecantikan, fesyen, aksesori, makanan sihat dan gaya hidup.

Advertisement

Menurut jurucakap Alya Suraya, SyurgaWanita bukan sekadar platform membeli-belah, tetapi komuniti yang menginspirasi wanita untuk bergaya, sihat dan bahagia. Platform ini menyasarkan 1 juta pelanggan aktif dalam tempoh terdekat.

Antara jenama yang telah menyertai termasuk Dato Red dengan produk sambal, Adira dengan rangkaian whitening scrub lotion, perfume & shower gel, Dato Seri Alha Alfa dengan Alha Alfa Cosmetic (foundation, cushion, lipstick, setting spray), Appecut dengan produk pelangsingan, serta Rozita Che Wan dengan koleksi kaftan eksklusif. Turut serta jenama kesihatan & kecantikan seperti Caah’s Donut, Ojas, Elegant Skincare dan Luqfa Skincare.

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by syurgawanita.com (@syurgawanita.sw)

 

Bagi menarik pelanggan, SyurgaWanita menawarkan free gift untuk pendaftaran ahli, ganjaran eWallet, Purchase With Purchase, serta Lucky Draw dengan hadiah barangan elektronik, kereta, motorsikal, kerusi urut dan tiket penerbangan.

Sempena pelancaran, 9.9 Flash Deals berlangsung dari 30 Ogos – 9 September 2025, dengan tawaran Buy 1 Free 1 dan Lucky Draw 20 hadiah barangan elektrik.

SyurgaWanita turut memperkenalkan Wanita Bergaya Contest 2025 (15 – 30 September 2025), terbuka kepada wanita 18–45 tahun. Pemenang ditentukan melalui 60% undian awam + 40% juri profesional. Panel juri terdiri daripada Dato Seri Alha Alfa, Adira Suhaimi, Shanell Harun dan wakil Butik LV.

Hadiah utama termasuk wang tunai RM3,000, LV Lunch eksklusif serta hadiah Louis Vuitton, diikuti RM2,000 (naib juara), RM1,000 (ketiga), dan 10 hadiah sagu hati bernilai RM500 setiap seorang.

Dengan slogan “Wanita Bergaya, Hidup Bahagia”, SyurgaWanita hadir sebagai simbol aspirasi baharu wanita moden di Asia Tenggara.

Must-Watch Video