Ringkasan AI
- Pentas TikTok Shop 11.11 Karnival Jualan Mega berlangsung dari 7 hingga 9 November di Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre dengan pelbagai aktiviti menarik.
- Acara pembukaan rasmi disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali dan menampilkan persembahan khas Khai Bahar serta sesi Meet & Greet bersama Abe Yong.
- Hari kedua dimeriahkan dengan TikTok Shop 11.11 Mega Live Showdown, konsert malam oleh Ziana Zain dan sesi Meet & Greet selebriti seperti Fattah Amin dan Shaheizy Sam.
- Hari ketiga fokus kepada Selebriti Day dengan Khairul Aming dan Alif Satar serta cabaran dan hadiah menarik dari kreator tempatan.
- Sepanjang 7 hingga 11 November, All-Star Livestream menampilkan pelbagai personaliti dengan tawaran istimewa seperti penghantaran percuma, baucar diskaun hingga 30%, dan promosi beli 1 percuma 1.
Pentas TikTok Shop 11.11 Karnival Jualan Mega bakal menggegarkan pesta beli-belah tahunan paling dinanti di Malaysia bersama barisan selebriti tanah air seperti Khairul Aming, Ziana Zain, Khai Bahar, Fattah Amin, Alif Satar dan ramai lagi.
Bukan sahaja boleh menyaksikan sesi siaran langsung eksklusif TikTok Shop LIVE malah sepanjang 7 hingga 9 November anda boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik termasuk Meet & Greet selebriti, persembahan muzik dan permainan interaktif di Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre.
Gempak Kongsikan kepada anda rangkuman acara dan sorotan utama sepanjang TikTok Shop 11.11 Karnival Jualan Mega:
7 November - Pembukaan Rasmi, Konsert & Meet and Greet
Pelancaran rasmi TikTok Shop 11.11 Karnival Jualan Mega disempurnakan oleh YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Antara yang mencuri perhatian ialah Khai Bahar dengan persembahan khas ditaja Nongshim, serta Abe Yong yang bertemu peminat melalui sesi Meet & Greet.
8 November - TikTok Shop 11.11 Mega Live Showdown
Pentas dimeriahkan oleh Fizo Omar & Fazeera Nazri dalam segmen permainan dan giveaway.
Turut serta, Jane Chuck & Han Pin, Fattah Amin & Amira Othman, Syatilla & Melvin Sisters, Eira Syazira serta Shaheizy Sam yang tampil dalam sesi Meet & Greet Eksklusif.
Malamnya pula berlangsung konsert LIVE dari jam 7 hingga 10 malam menampilkan Ziana Zain, Amsyar Lee dan ramai lagi artis hebat.
9 November - Selebriti Day
Tumpuan hari ini pastinya kepada dua nama besar iaitu Khairul Aming dan Alif Satar yang hadir bagi sesi interaksi mesra bersama peminat.
Turut menghiburkan pengunjung ialah Jimiefu & Curtis, Vickie Bei serta barisan kreator tempatan dengan pelbagai cabaran dan hadiah menarik.
7 – 11 November: All-Star Livestream
Sepanjang tempoh kempen, All Star Livestream turut menampilkan Pinn Yang, Elfira Loy, Jack Lim dan ramai lagi personaliti di @tiktokshop_my melalui TikTok LIVE.
Pembeli di seluruh Malaysia boleh menikmati tawaran istimewa termasuk:
✅ Penghantaran percuma tanpa had
✅ Baucar diskaun sehingga 30%
✅ Promosi beli 1 percuma 1
Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah istimewa melalui Mega Toss Challenge dengan hanya:
Muat naik video menggunakan hashtag #TikTokShop1111MegaSale
Menebus baucar di laman rasmi TikTok Shop
Mengikuti akaun @tiktokshop_my dan @tiktokshop_my_trendhub untuk peluang bermain dan menang!