Skip to main content

Acara

Gabung Muay Thai & Reality Show! 5 Sebab Perlu Datang Ke Coastal Combat 2026

muay

Sekilas

  • Coastal Combat 2026 akan berlangsung di Desaru Coast pada 23 dan 24 Januari dengan format realiti eksklusif yang menggabungkan sukan Muay Thai dan naratif peribadi atlet.
  • Jihin ‘Shadow Cat’ Radzuan kembali ke Muay Thai sebagai wajah utama program, mengetuai pasukan wanita Malaysia yang berdepan atlet antarabangsa termasuk juara Eropah.
  • Acara ini turut mempromosikan pelancongan Johor dengan konsep ‘Luxury Fight Camp’, menjadikan Desaru Coast destinasi sukan dan hiburan bertaraf dunia.

Coastal Combat 2026 bukan sekadar pertarungan Muay Thai. Ia adalah gabungan sukan, hiburan dan gaya hidup yang bakal mencipta fenomena di Desaru Coast pada 23 dan 24 Januari 2026.

Dengan pendekatan lebih sinematik dan format program realiti, acara ini dijangka menjadi antara penganjuran sukan tempur paling unik di Malaysia.

Berikut lima perkara menjadikan edisi 2026 berlain daripada yang lain.

1. Program Realiti Muay Thai Pertama Di Malaysia

Coastal Combat 2026 tampil dengan format eksklusif yang menggabungkan sukan tempur dan naratif realiti. Dirakam sepenuhnya di Desaru Coast, penonton bukan sahaja melihat pertarungan, tetapi mengikuti perjalanan peribadi atlet, cabaran latihan, konflik pasukan dan momen emosi menjelang perlawanan besar.

2. Jihin ‘Shadow Cat’ Kembali 

Ikon MMA negara, Jihin Radzuan, kembali ke disiplin asal yang membesarkan namanya – Muay Thai. Beliau bukan hanya bertarung, tetapi turut menjadi wajah utama program realiti tersebut. Comeback Jihin ke gelanggang Muay Thai dijangka menjadi detik paling dinanti peminat seni bela diri.

3. Pertembungan Malaysia vs Antarabangsa 

Coastal Combat 2026 menghimpunkan 20 atlet elit – 10 Malaysia dan 10 antarabangsa – dalam format yang intensif dan kompetitif. Pasukan wanita Malaysia pula dianggap paling mantap pernah dibentuk, diketuai Jihin dan termasuk bintang seperti Nur Amisha, Eycah, Krystal Angel dan Nur Afifah. Mereka bakal berdepan petarung dari Amerika, Perancis dan Indonesia termasuk juara Eropah, Cindy Silvestre.

4. Pengalaman Visual ‘Luxury Fight Camp’ di Desaru Coast

Lokasi penggambaran dan pertandingan di Desaru Coast memberi Coastal Combat 2026 sentuhan gaya hidup mewah. Beach aesthetics, resort vibes dan cinematic visuals menjadikan acara ini bukan sekadar sukan, tetapi destinasi percutian dengan elemen adrenalin.

5. Impak Pelancongan & Sukan Yang Seiring Dengan Tahun Melawat Johor 2026

Coastal Combat memacu integrasi sukan dan pelancongan, menjadikan Johor sebagai pusat acara antarabangsa. Dengan format baharu, acara ini bukan sahaja mengangkat seni bela diri tempatan, tetapi turut membawa limpahan ekonomi, publisiti global dan minat pelancong ke negeri tersebut.

Jika sebelum ini Muay Thai hanya dikenali sebagai sukan tempur tradisional, Coastal Combat 2026 membuktikan ia kini mampu berdiri sebagai produk hiburan bertaraf dunia.

Desaru Coast bakal menjadi saksi evolusi baharu seni bela diri, lebih dramatik, lebih mengikat emosi dan lebih dekat dengan jiwa penonton.

Must-Watch Video

Advertisement