Skip to main content

Foodies Life

#FoodiesLife: Kopi Termahal Dunia Dijual Di Dubai, RM4,000 Secawan

Nido 7 Geisha

Buat penggemar kopi, berita ini mungkin akan meningkatkan keinginan anda mengetahui keistimewaan kopi yang dijual di sebuah kafe di Dubai.

Kopi yang jarang ditemui dikenali sebagai Nido 7 Geisha di Dubai menjadi kopi termahal di dunia. Secawan kopi yang dijual oleh Julith Coffee mencecah harga 3,600 dirham atau RM4, 118, lapor The Independent.

Advertisement

Lebih menimbulkan suasana eksklusif, kopi ini hanya akan dihidangkan sebanyak 400 cawan.

Menurut laporan sama. Secawan kopi mencecah lebih RM4, 000 kerana biji kopi jenis Nido 7 Geisha adalah premium dan sangat jarang ditemui. Ia ditanam di lereng gunung berapi Gunung Baru di barat Panama.

Biji kopi tersebut di dalam dalam lot-lot kecil dan hanya terhasil dalan kuantiti sedikit pada setiap musim.

Biji kopi ini diperoleh daripada lelongan di Panama pada awal tahun ini dengan harga yang cukup mahal. Biji kopi seberat 20 kilogram yang menjadi rebutan ratusan pembida semasa lelongan bernilai RM2.5 juta.

Bagaimanapun Julith Coffee berjaya memenangi bida tersebut. Ketua pemangang kopi di Julith, Serkan Sagsoz memberitahu satu cawan khas telah dipersiapkan untuk pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum dan penikmat kopi yang lain akan menjadi sebahagian sejarah mereka.

“Ini bukan gimik atau strategi pemasaran. Nido 7 Geisha ni memang kopi yang luar biasa. Hanya segelintir manusia di dunia INI yang akan dapat rasa.

“Dan sekarang buat pertama kali, ia boleh dinikmati di Dubai. Dengan jumlah yang sangat terhad, setiap cawan akan terasa macam sejarah hidup,” katanya.

Sagsoz mendakwa kopi tersebut mempunyai aroma bunga putih seperti melur dan jasmin, oren dan bergamot. Ia juga mempunyai sedikit rasa aprikot dan pic.

“Macam madu. Lembut dan manis,” katanya lagi.

Must-Watch Video

Advertisement