Skip to main content

Gaya Hidup

The Experts: Burnout Boleh Bunuh Idea! Amin Abid Kongsi Cara Atasi Creative Block

Amin Abid

Pernah tak anda berada dalam situasi di mana segala idea terasa kosong, semangat semakin hilang dan hasil kerja pula seperti tidak pernah cukup baik di mata sendiri?

Jika pernah, Anda mungkin sedang berdepan dengan creative block, iaitu satu keadaan yang sering dialami individu kreatif termasuk pencipta kandungan.

Menurut pempengaruh kembar, Amin Othman dan Abid Othman, perasaan hilang momentum dan kekeringan idea adalah sesuatu yang normal. Namun, ia boleh diatasi dengan pendekatan yang betul.

Abid menjelaskan bahawa antara langkah awal yang boleh dilakukan adalah keluar daripada zon yang membuatkan diri terperangkap dalam emosi negatif.

Persekitaran yang baik dan sokongan sosial yang sihat mampu membantu membentuk semula tenaga serta inspirasi yang hilang.

“Kalau saya rasa creative block, saya akan cuba cari circle yang positif. Contohnya saya masuk kelas seni dan benda itu akan ‘grooming’ semula rasa semangat.

“Kadang-kadang, kita jangan terlalu termenung dengan keadaan kita sekarang. Pergi keluar, cari circle yang positif dan create positive vibe,” kongsinya.

Dalam pada itu, Amin pula berpendapat antara punca utama creative block adalah sikap terlalu membandingkan diri dengan orang lain.

“Penyebab kita creative block sebab kadang-kadang kita limitkan idea sendiri. Kita ada rasa insecure dan overthinking sama ada benda ini menjadi atau tidak.

“Kita compare dengan orang lain punya hasil kerja. Kita rasa ‘aku tak boleh sebab dia lagi lawa’. Itu silap kita. Comparison with others,” ujarnya.

Menurut Amin, budaya membandingkan diri secara berlebihan hanya akan melemahkan keyakinan dan mematikan potensi sebenar seseorang.

Bagi mengatasi masalah tersebut, mereka mengamalkan prinsip fokus terhadap ‘track’ sendiri tanpa terlalu memikirkan pesaing.

“Bila kita fokus pada track sendiri, kita lupa yang kita ada competitors. Kita fokus pada hasil kerja kita.

“Bila hasil kerja kita keep on polish tanpa mengharapkan kesempurnaan, lama-lama ia akan jadi perfect secara semula jadi.”

Pendekatan konsisten dan berterusan itu, kata mereka, membantu membentuk kualiti kerja yang lebih matang serta stabil dalam jangka masa panjang.

Anda mungkin berminat dengan

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Must-Watch Video

Advertisement