Sekilas
- Persembahan dron di Merdeka 118 mempamerkan bentuk padel Pickleball sebagai sebahagian acara antarabangsa Joola Titans Tour 2026.
- Acara ini mencatat sejarah dengan diiktiraf Guinness World Records sebagai perlawanan pickleball tertinggi dalam bangunan paling tinggi dunia.
- Jelajah ini menampilkan 13 pemain pickleball dunia termasuk legenda tenis Andre Agassi dan pemain nombor satu Ben Johns.
Persembahan dron berskala besar yang menghiasi ruang udara sekitar Merdeka 118 mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.
Rata-rata netizen kagum melihat persembahan dron yang membentuk sebagai padel Pickleball.
Namun, misteri tersebut akhirnya terjawab apabila persembahan itu sebenarnya sebahagian daripada acara antarabangsa Joola Titans Tour 2026, yang berlangsung selama dua hari di lokasi ikonik tersebut.


Lebih membanggakan, acara tersebut turut mencatat sejarah apabila diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai perlawanan pickleball tertinggi yang pernah dianjurkan dalam bangunan paling tinggi di dunia.
Perlawanan bersejarah itu menyaksikan pertembungan epik antara pasukan diketuai legenda tenis, Andre Agassi menentang pemain nombor satu dunia, Ben Johns.
Jelajah Joola Titans 2026 menghimpunkan seramai 13 pemain bintang pickleball dunia dengan objektif utama untuk mencipta rekod baharu, selain mempromosikan sukan tersebut di rantau Asia Tenggara.
Ben Johns dikenali sebagai pemain paling dominan dalam arena pickleball elit sejak sedekad lalu, manakala Andre Agassi pula mencuri perhatian apabila beralih daripada sukan tenis ke pickleball dan kini dianggap sebagai ikon global sukan tersebut.
Sumber: Threads, Stadium Astro