Skip to main content

Gaya Hidup Wanita

Atikah Suhaime Terkejut Ramai Kurang Peka Kebersihan Gigi, Tekankan Pentingnya Scaling 6 Bulan Sekali - “Kalau Tak Buat, Awak Hanya Biarkan Karang Gigi…”

Atikah Suhaime scalling gigi

Sekilas

  • Atikah Suhaime terkejut ramai masih salah faham tentang penjagaan karang gigi, terutama soal ubat gigi boleh menanggalkannya.
  • Dia jelaskan tiada ubat gigi yang boleh hilangkan karang gigi, rawatan scaling perlu dibuat setiap enam bulan.
  • Ubat gigi hanya bantu jaga kebersihan, tapi rawatan profesional tetap penting untuk masalah karang gigi.

Pelakon, Atikah Suhaime mengakui terkejut apabila masih ramai yang kurang memahami cara sebenar menjaga kesihatan gigi terutamanya berkaitan dengan masalah karang gigi.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Atikah berkata dia menerima soalan tersebut ketika sedang melakukan sesi siaran langsung bersama jenama penjaan gigi miliknya iaitu Zaitun.

Menurut Atikah, ada individuyang bertanya sama ada penggunaan ubat gigi mampu menanggalkan karang gigi atau tidak.

“Terkejut bila buat live @zaitun.official orang tanya boleh ke ubat gigi tanggalkan karang gigi? Tiada ubat gigi dalam dunia boleh buat macam tu. Harus buat scaling sekali setiap enam bulan,” jelasnya.

Tambahnya Atikah lagi, karang gigi tidak boleh dihapuskan hanya dengan memberus gigi atau menggunakan produk penjagaan mulut semata-mata tanpa menerima rawatan profesional.

Malah, Atikah juga menegaskan penggunaan ubat gigi hanya membantu mengekalkan kebersihan gigi, namun ia bukanlah penyelesaian untuk masalah karang yang sudah terbentuk.

“Habis tu, kalau awak tak buat scaling, awak hanya biarkan karang gigi dekat gigi sahaja ke? Tak berbau ke? dan hanya harapkan ubat gigi?

“Untuk maintain okay. Tapi tetap kena check doktor gigi setiap enam bukan sekali. Takut ada lagi karang gigi tertinggal,” kongsinya.

Sumber: Threads @therealatikahsuhaime
 

Anda mungkin berminat dengan

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Must-Watch Video

Advertisement