Sekilas
- Pelakon Anna Jobling teruja dilantik sebagai duta rasmi peranti kecantikan Ulike selepas menjadi pengguna setia selama dua tahun.
- Anna yakin dengan keberkesanan produk Ulike dan berjanji akan berkongsi pengalaman menggunakan produk itu secara ikhlas.
- Pelantikan Anna diumumkan semasa Acara Tahun Baharu RAYA Ulike 2026 yang turut mempamerkan produk unggul seperti Ulike Air10 PRO dan Ulike ReGlow LED Face Mask.
Pelakon, Anna Jobling meluahkan rasa teruja apabila dilamar sebagai duta untuk peranti kecantikan berjenama Ulike.
Menurut Anna, peluang tersebut hadir tanpa diduga kerana dia sememangnya pengguna setia peranti berkenaan sebelum menerima tawaran rasmi sebagai duta.
“Saya tak sangka sebenarnya, sebab saya memang pengguna Ulike sebelum ini, sudah dua tahun. Saya tahu pasal peranti ini semasa saya hadir dalam satu acara di Bangkok.
“Tahun lalu, saya sedang sibuk dengan penggambaran, jadi tak ada masa. Kemudian saya buat carian di internet apakah peranti yang sesuai untuk buat ‘hair removal’.
“Kemudian saya beli dan sebulan selepas saya dah guna Ulike, saya dapat tahu saya akan jadi duta jenama itu. Pada saya alhamdulillah, rezeki,” katanya ketika ditemui Gempak.
Tambah Anna lagi, dia menerima tawaran tersebut kerana sudah yakin dengan keberkesanan produk berkenaan selepas menggunakannya.
“Mereka tanya adakah berminat nak jadi duta, saya kata saya memang pengguna Ulike, saya sangat teruja nak bekerjasama dengan mereka.
“Saya akan bercerita tentang produk ini dengan ikhlas sebab saya memang menggunakannya,” ujarnya.
Terdahulu, jenama peranti kecantikan Ulike, secara rasminya memperkenalkan pelakon popular, Anna Jobling, sebagai duta jenama bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju teknologi kecantikan di pasaran Malaysia.
Pelantikan itu diumumkan bersempena Acara Tahun Baharu RAYA Ulike 2026 yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Caffeinees, Kampung Pandan, baru-baru ini.
Menerusi kempen Tahun Baharu RAYA ini, Ulike turut mempamerkan rangkaian produk unggulnya seperti Ulike Air10 PRO yang menjanjikan pengurangan bulu sehingga 96 peratus dalam tempoh seawal dua minggu, serta Ulike Air2 MAX yang direka khas untuk golongan muda.
Selain peranti penyingkiran bulu, Ulike turut mengetengahkan inovasi penjagaan wajah menerusi Ulike ReGlow LED Face Mask.