Skip to main content

#FoodiesLife: Chef Riz Buka Restoran BowlCrafted, Tawar Menu Istimewa Ramadan! - "Harga Tak Terlalu Mahal Tapi ..."

Astro Gempak chef riz

Sekilas

  • Chef Riz telah membuka restoran BowlCrafted di 168 Park Mall, Selayang, dengan cawangan kedua akan dibuka di KL Eco City Mall, Bangsar pada 16 Mac.
  • BowlCrafted menawarkan hidangan khas Ramadan seperti Nasi Kerabu Ayam Percik dan Penang Asam Laksa Udang, serta pencuci mulut tradisional seperti Cendol dan Bubur Pulut Hitam.
  • Restoran ini menggunakan sistem pesanan kiosk untuk kemudahan pelanggan dan merancang melancarkan aplikasi mudah alih untuk program ganjaran pada masa akan datang.

Chef selebriti terkenal, Chef Riz terus memperluaskan langkah dalam industri kulinari apabila melancarkan restoran terbaharunya, BowlCrafted, yang kini beroperasi di 168 Park Mall, Selayang.

Restoran tersebut difahamkan baru beroperasi kira kira sebulan dan telah menerima maklum balas positif daripada pelanggan yang berkunjung.

Selain cawangan di Selayang, Chef Riz turut memaklumkan bahawa satu lagi cawangan BowlCrafted akan mula beroperasi pada 16 Mac di KL Eco City Mall, Bangsar.

“Perbezaan antara kedua-dua cawangan ini adalah dari segi keluasan premis. Cawangan di Bangsar lebih besar berbanding di 168 Park Mall,” katanya.

Sempena ketibaan bulan Ramadan, BowlCrafted turut memperkenalkan beberapa hidangan khas yang diinspirasikan daripada cita rasa tempatan bagi memberi pilihan menarik kepada pelanggan.

Antara menu yang ditawarkan termasuk Nasi Kerabu Ayam Percik, Nasi Briyani Kambing, Penang Asam Laksa Udang serta Mee Jawa Daging.

Selain hidangan utama, restoran tersebut turut menyediakan pencuci mulut tradisional seperti Cendol dan Bubur Pulut Hitam sebagai pelengkap hidangan.

BowlCrafted turut menggunakan sistem pesanan melalui kiosk bagi memudahkan proses tempahan pelanggan.

Menurut Chef Riz, pendekatan restoran ini berteraskan konsep fast casual, yang membolehkan pelanggan membuat pesanan dengan lebih pantas tanpa perlu menunggu lama.

“Dari segi harga, kami cuba pastikan ia tidak terlalu mahal dan masih dalam kategori berpatutan supaya lebih ramai orang boleh datang menikmati makanan di sini,” jelasnya.

Tambah Chef Riz, pihaknya juga merancang untuk memperkenalkan aplikasi mudah alih BowlCrafted pada masa akan datang.

“Aplikasi tersebut akan membolehkan pelanggan mengumpul mata ganjaran dan menebusnya ketika membuat pembelian di restoran,” katanya.

BowlCrafted beroperasi setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Dalam perkembangan sama, Chef Riz turut memeriahkan program komuniti yang diadakan di 168 Park Mall menerusi demonstrasi penyediaan hidangan secara langsung kepada pengunjung.

Program tersebut dianjurkan sempena kempen ‘Kongsi Rezeki’ yang bertujuan membantu rumah kebajikan serta rumah anak yatim.

Melalui inisiatif itu, orang ramai digalakkan menyumbang barangan keperluan yang akan disalurkan kepada golongan memerlukan dengan kerjasama beberapa rakan strategik.

Kempen tersebut dianjurkan sebagai usaha menyemarakkan budaya berkongsi rezeki dalam kalangan masyarakat, khususnya sepanjang bulan Ramadan.

Anda mungkin berminat dengan

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Must-Watch Video

Advertisement