Skip to main content

Viral

Deposit RM10 & Waktu Makan 1 Jam 45 Minit Antara Syarat Untuk Buat Tempahan Di Rembayung

Khairul Aming

Sekilas

  • Restoran Rembayung milik Khairul Aming menerima 400 tempahan dalam beberapa minit sehingga laman web mereka mengalami gangguan.
  • Pelanggan perlu membayar deposit RM10 setiap pax dan mematuhi syarat tempahan termasuk minimum 2 pax dan maksimum 8 pax.
  • Tempahan hanya menerima pembayaran secara cashless dan pelanggan perlu memaklumkan jika menggunakan wheelchair atau stroller untuk susunan tempat duduk.

Restauran milik usahawan dan pencipta kandungan Khairul Aming iaitu Rembayung berjaya menerima 400 tempahan dalam masa beberapa minit sahaja sehingga menyebabkan website menjadi ‘crash’. 

 

Menerusi Threads, ramai wargamaya berkongsi semula syarat untuk menempah Rembayung antaranya pelanggan perlu membayar RM10 sebagai deposit. 

 

Ini syarat untuk tempah; 

 

1. Min 2 pax, max 8. Kanak-kanak kira sebagai 1 pax

 

2. Deposit RM10 per pax. Deposit akan tolak bil nanti 

 

3. Holding time 15 minit. Kalau tak, gone. Waktu makan 1 jam 45 minit ye dari masa anda tempah

 

4. Yang ada wheelchair atau stroller kena beritahu waktu booking untuk susunan kerusi

 

5. Susunan meja pihak mereka akan beritahu

 

6. Payment cashless. Tak ada tunai.

 

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement