Sekilas
- BTS akan mengadakan konsert jelajah dunia mereka, BTS World Tour ‘ARIRANG’, di Stadium Nasional TM pada 12 dan 13 Disember ini.
- Jualan tiket akan melalui beberapa fasa termasuk presale khas untuk ahli ARMY dan pengguna platform tertentu bermula dari 22 Mei hingga 5 Jun.
- Peminat boleh mendapatkan tiket melalui platform Weverse, Trip.com, dan Live Nation dengan pendaftaran keahlian yang berbeza-beza mengikut fasa jualan.
Kehagatanya semakin dirasai!
Kumpulan sensasi Korea Selatan, BTS diumumkan bakal menemui peminat setianya di Malaysia menerusi siri jelajah BTS World Tour ‘ARIRANG’ pada 12 dan 13 Disember tahun ini.
Konsert yang berlangsung selama dua hari itu akan diadakan di Stadium Nasional TM.
Menerusi pengumuman rasmi yang dikeluarkan oleh Live Nation, beberapa fasa jualan tiket turut diumumkan termasuk jualan khas buat ahli keahlian ARMY serta pengguna platform tertentu.
Bagi peminat yang mempunyai keahlian rasmi ARMY Membership (Global), tempoh pendaftaran akan dibuka bermula 22 Mei jam 1 petang hingga 27 Mei jam 11 pagi menerusi platform Weverse.
Sementara itu, jualan presale untuk ahli ARMY pula dijadualkan berlangsung pada 3 Jun bermula jam 11 pagi hingga 10 malam.
Selain itu, platform Trip.com turut menawarkan sesi presale khas pada 4 Jun bermula jam 9 pagi hingga 11.59 malam.
Peminat juga boleh mendapatkan akses presale menerusi Live Nation dengan mendaftar keahlian percuma di laman rasmi mereka. Jualan presale tersebut akan berlangsung pada 4 Jun dari jam 11 pagi hingga 10 malam.
Bagi jualan umum, tiket akan mula dijual pada 5 Jun, bermula jam 11 pagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa tidak sabar untuk berjumpa dengan kumpulan yang popular dengan lagu Butter.
Sumber: Live Nation