Aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana, Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Musa Nuwayri mencuri perhatian netizen selepas memuat naik kenyataan bahawa mereka bakal membuat satu pengumuman penting pada Jumaat ini.
Menerusi perkongsian seorang pengguna di Threads, kenyataan tersebut telah mencetuskan rasa ingin tahu dan dia mengakui berasa gementar menantikan pengumuman berkenaan.
"Semua pakat umum ini, kita pula yang gemuruh. Lambatnya esok," tulis individu berkenaan
Berikut merupakan kenyataan yang dikongsikan oleh mereka:

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa berdebar dan membuat pelbagai spekulasi, termasuk mendakwa keempat-empat individu berkenaan bakal menyertai misi kedua Global Sumud Flotilla (GSF).
"Mesti nak berlayar lagi kan.
"Pergi sumud kali kedua ke.
"Pasal sumud ke.
"Mesti nak pergi misi.
"Sumud 2.0 la tu," komen netizen.