Skip to main content

Selebriti

Zarina Zainuddin Ulas Isu Kebersihan Kilang Pulut Kuning, Dakwa Individu Cuba Sabotaj Perniagaan - "Nak Lawan Kat Mahkamah Pun Dia Tiada Duit..."

Bakar isteri

Sekilas

  • Zarina Zainuddin menegaskan kilang pulut kuning miliknya bersih dan mempunyai sijil Halal, MESTI serta SSP, malah perniagaannya semakin berkembang walaupun ada dakwaan negatif.
  • Dia menganggap tindakan individu yang memuat naik dakwaan itu kurang bijak dan lebih kepada sabotaj, namun memilih untuk tidak mengambil tindakan mahkamah.
  • Zarina juga menafikan dakwaan menyalahgunakan dana MARA RM1 juta dan menjelaskan semua urusan pinjaman berjalan seperti biasa dengan syarat yang ketat.

Pelakon, Zarina Zainuddin,56 tampil mengulas dakwaan terhadap kilang pulut kuning miliknya yang dipersoalkan dari segi tahap kebersihan.

Menurut Zarina, dakwaan tersebut tidak memberi kesan kepada perniagaannya kerana dia yakin dengan kebersihan serta kualiti makanan yang dihasilkan. 

Malah, perniagaannya dilihat semakin berkembang sejak isu itu tular di media sosial.

"Tak beri impak pada perniagaan saya sebab orang yang dah makan dan datang kilang saya pasti tahu. Malah, lebih banyak tempahan yang saya terima. Dalam kilang saya bersih. Selain itu, kilang saya juga lengkap dengan sijil Halal, MESTI dan SSP. Kita bukannya kilang tepi jalan," katanya kepada Gempak.

Zarina berkongsi demikian ketika ditemui di Rumah Terbuka Next Level anjuran mStar dan Suria di Saloma Bistro,  hari ini.

Dalam masa sama, Zarina turut menyifatkan tindakan individu yang memuat naik hantaran tersebut sebagai kurang bijak kerana terlalu mengikut emosi dan menyalurkannya dengan cara yang salah.

"Saya rasa dia kurang cerdik sebab melontarkan amarah dengan cara yang tidak benar. Saya tak nak ambil berat kerana saya ada banyak perkara lain yang lebih penting untuk difikirkan. 

"Terserah nak percaya atau tidak. Kalau orang dah geram, mereka boleh buat macam-macam, jadi mereka ambil langkah yang tak bagus. Cara dia nak menyakitkan orang itu amatlah jahat. Saya kenal pekerja itu,"ujarnya.

Katanya lagi, dia tidak mahu mengambil tindakan mahkamah terhadap bekas pekerja dan individu itu kerana tidak mahu isu tersebut berpanjangan, meskipun mengakui tindakan itu seakan-akan untuk sabotaj perniagaannya.

"Nak berlawan di mahkamah pun tak sesuai dengan orang seperti itu. Dia pun tiada duit, kalau saya lawan pun dia nak bayar guna apa? Saya pun tak mahu kes ini berpanjangan. Saya rasa kes ini seperti ingin sabotaj saya. Namun, Saya maafkan dia. Mungkin dia buat kenyataan itu dalam keadaan terlalu emosi dan marah,"kongsinya.

Ditanya mengenai dakwaan menyalahgunakan dana Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebanyak RM1 juta, Zarina menegaskan perkara itu tiada kaitan dengan individu terbabit dan semua urusan berjalan seperti biasa tanpa sebarang isu yang timbul.

"Kita tak boleh pertikaikan soal dakwaan saya guna duit MARA RM1 juta untuk kepentingan peribadi sebab itu urusan syarikat. Dia tiada kena mengena pun, nama dia pun tiada. MARA sendiri dah tahu dan tiada masalah selagi kita bayar, beli kelengkapan serta buat bayaran setiap bulan. 

"MARA beri pinjaman bersyarat. RM1 juta itu perlu dibayar semula RM1.16 juta, termasuk 16 peratus faedah. Nak dapat pinjaman itu pun bukan senang sebab banyak syarat dan prosedur, malah nak meminjam pun kena ada duit,"jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

Ceramic Plate

Ceramic Plate

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement