Skip to main content

Selebriti

Zarif Ghazzi Tak Sabar Nak Sahur Bersama Keluarga & Suka Bazar Ramadan - "Saya Peminat Tegar Ayam Gunting..."

zarif ghazzi sahur

Sekilas

  • Zarif Ghazzi sentiasa pastikan dapat sahur bersama keluarga walaupun sibuk dengan kerja kerana mereka adalah keutamaan dan sumber rezekinya.
  • Dia berusaha balik ke Johor untuk bersama keluarga pada waktu sahur walaupun rasa bersalah kerana jarang balik kampung.
  • Zarif juga teruja untuk pergi bazar Ramadan dan suka makan juadah seperti ayam gunting serta lauk rendang, terutama makanan percuma di masjid.

Meskipun sibuk dengan pekerjaan, Pelakon, Zarif Ghazzi tidak akan melepaskan peluang untuk sahur bersama keluarga tercinta di bulan ramadan yang penuh barakah ini.

Menurut Zarif, dia sanggup mencuri masa demi bersama keluarga kerana baginya mereka adalah keutamaan buat dirinya dan merupakan sumber rezekinya.

"Saya sejenis yang walau sesibuk mana pun saya dengan kerja, saya akan pastikan dapat menikmati sahur pertama bersama keluarga. Saya akan cuba balik ke Johor.

"Kadang saya rasa seperti anak derhaka sebab dah lama tak balik tetapi saya akan cuba paksa diri saya sebab mereka adalah punca rezeki saya. Saya sangat utamakan keluarga saya," katanya kepada Gempak.

Zarif berkongsi perkara itu ketika ditemui di malam kemuncak Gempak Most Wanted 2025 yang berlangsung di MBSA, Shah Alam baru-baru ini.

Dalam masa sama, Aktor drama Seribu Tahun itu turut berkongsi bahawa dia amat teruja untuk pergi ke bazar ramadan dan membeli pelbagai juadah yang diingininya selain dapat berbuka bersama orang ramai di masjid.

"Saya juga suka bazar ramadan dan saya peminat ayam gunting serta lauk-lauk rendang. Selain itu, saya juga suka makan dalam dulang di masjid. Saya adalah peminat tegar makanan percuma di masjid. Itu yang saya paling tak sabar," ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Must-Watch Video

Advertisement