Skip to main content

Selebriti

Zara Zya Tanya Soalan Tentang Jodoh, Ramai Beri Nasihat - “Tak Cepat Tak Lewat…”

Zara Zya

Sekilas

  • Pelakon Zara Zya bertanya di Threads tentang bagaimana seseorang boleh bertemu jodoh, sama ada melalui usaha, doa, atau perasaan yang tiba-tiba.
  • Soalan tersebut menarik perhatian warganet yang berkongsi pandangan mereka mengenai jodoh sebagai rahsia Tuhan yang datang pada waktu yang tepat.
  • Ramai netizen berpendapat jodoh hadir tanpa diduga dan perlu disertai dengan doa serta usaha, sambil menunggu ketentuan yang terbaik.

Pelakon Zara Zya mencuri perhatian warganet selepas mengajukan satu pertanyaan terbuka di Threads miliknya.

Zara atau nama penuhnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin bertanya bagaimana sebenarnya seseorang boleh bertemu jodoh mereka.

Pelakon popular drama Love You Mr. Arrogant itu turut tertanya-tanya sama ada jodoh hadir melalui usaha, doa atau perasaan yang muncul tanpa diduga.

"Macam mana orang jumpa jodoh. Melalui usaha, doa atau rasa yang tiba-tiba hadir tanpa disangka," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pandangan masing-masing dengan kebanyakan berpendapat bahawa jodoh adalah rahsia Tuhan dan akan tiba pada waktu yang tepat.

"Hadir tanpa disangka.

"Kalau dah jodoh tak ke mana sis. Kadang mereka ada je lalu Lalang depan mata kita.

"Doa dan usaha. Tunggu sahaja susah juga.

"Tiba-tiba sahaja sis. Kalau Allah nak hantar, tak cepat sesat dan tak lewat sesaat," komen netizen.

 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement