Skip to main content

Berita

Zaini Ahmad Buat Rakyat Malaysia Bangga! Raih Tempat Ke-92 Dalam Acara Pizza World Championship 2026

Astrogempak PIZZA

Sekilas

  • Zaini Ahmad berjaya meraih kedudukan ke-92 dalam kategori Napolitana STG Pizza di Pizza World Championship 2026 yang melibatkan 770 peserta dari 50 negara.
  • Dalam kategori The Fastest, Zaini berada di kedudukan ke-17 dengan masa 1 minit 27 saat untuk membuka 5 doh pizza paling laju.
  • Zaini menyatakan hasrat untuk kembali menyertai pertandingan ini dan berharap dapat membina pasukan pizza chef dari Malaysia pada masa akan datang.

Peserta Pizza World Championship 2026, Zaini Ahmad, mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya meraih kedudukan ke-92 dalam kategori Napolitana STG Pizza.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Zaini menerusi satu hantaran di platform Threads. 

“Pertandingan Pizza World Championship 2026, untuk kategori Napolitana STG Pizza, saya berada di kedudukan 92 daripada 112 peserta (senarai belum rasmi),” tulisnya. 

Malah Zaini juga menjadi peserta ke-17 daripada 29 peserta bagi kategori The Fastest untuk membuka 5 doh pizza paling laju.

“Untuk kategori The Fastest, saya berada di kedudukan 17 daripada 29 peserta, dengan masa 01:27:02 saat untuk membuka 5 doh pizza paling laju.

“Secara keseluruhan, pertandingan ini melibatkan 770 peserta dari 50 negara,” ujarnya.

Menurut Zaini, penyertaannya dalam pertandingan berkenaan bukan semata-mata untuk mengejar kemenangan, sebaliknya bagi menimba pengalaman dan merasai sendiri suasana bertanding di peringkat dunia.

“Seperti yang saya pernah cakap sebelum ini, tujuan saya masuk pertandingan pizza ini adalah untuk menimba pengalaman.

“Saya nak rasa sendiri bagaimana bertanding dengan chef bertaraf dunia dan berjumpa dengan pizza chef hebat dari seluruh dunia,” ujar Zaini. 

Pada masa sama, Zaini turut menyatakan hasrat untuk kembali menyertai pertandingan tersebut pada masa akan datang, selain berharap dapat membawa lebih ramai wakil dari Malaysia.

“Untuk tahun akan datang, insya-Allah saya akan masuk lagi. Harapan saya, saya tidak keseorangan.

“Saya nak bina pasukan pizza chef dari Malaysia supaya kita boleh bertanding bersama-sama dan menimba ilmu serta pengalaman,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga dan memberikan kata-kata semangat buat Zaini. 


Terdahulu, nama Zaini menjadi bualan di media sosial apabila memaklumkan akan beraksi di pentas antarabangsa dalam Pizza World Championship di Parma, Itali pada 14 hingga 16 April 2026.

Anda mungkin berminat dengan

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Must-Watch Video

Advertisement