Skip to main content

Selebriti

"Yakin Ke Adik Saya Reka Cerita?...Dia Bukan Suka-Suka Keluarkan Kenyataan Tanpa Bukti" - Kakak Umisya Mazlan

Bakar isteri

Sekilas

  • Kakak kepada Umisya Mazlan, Kak Ya Nadia, menegaskan bahawa adiknya tidak mereka cerita dan segala kenyataan berasaskan bukti kukuh.
  • Kak Ya Nadia sedang menunggu maklum balas daripada Abby Abadi dan mengingatkan bahawa dia yang pertama menghubungi Abby dan abang Jai.
  • Abby Abadi menafikan pernah menyebut mengenai Umisya dan menjelaskan mereka hanya pernah bertemu dua kali tanpa sebarang perbincangan laporan polis.

Kakak kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Umisya Mazlan tampil membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Abby Abadi, sekali gus menghangatkan lagi kemelut rumah tangga.

Menerusi perkongsian di Threads, wanita yang dikenali sebagai Kak Ya Nadia itu menegaskan bahawa adiknya tidak mereka cerita, malah segala yang dikongsikan adalah berasaskan bukti yang kukuh.

“Assalamualaikum Kak Abby. Sebelum itu saya nak pastikan semula apa yang Kak Abby tulis di atas ini. Yakin ke tiada bukti dan adik saya mereka cerita? Sebab apa yang adik saya tulis semuanya sahih dan ada bukti. Adik saya bukan suka-suka nak keluarkan kenyataan kalau tiada bukti,” tulisnya.

Tambahnya lagi, dia kini sedang menunggu maklum balas daripada Abby, selain mengingatkan bahawa dialah individu yang terlebih dahulu menghubungi Abby pada awal kejadian tersebut berlaku.

“Saya tunggu maklum balas daripada Kak Abby. Kalau Kak Abby terlupa, saya kakak Umisya. Saya lah orang yang mula-mula hubungi Kak Abby dan abang Jai,” ujarnya.

Sebelum ini, Abby menafikan bahawa dia tidak pernah menyebut mengenai Umisya malah dia sering menasihati anaknya, Marissa Dania untuk tidak masuk ke dalam rumah tangga orang lain.

Abby turut menjelaskan bahawa dia dan Umisya hanya pernah bertemu sebanyak dua kali dan bukannya kerap seperti yang didakwa, selain menegaskan tiada sebarang perbincangan untuk membuat laporan polis pernah berlaku.

Anda mungkin berminat dengan

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Must-Watch Video

Advertisement