Skip to main content

Selebriti

“Ya, Umai Bertudung Atas Kehendaknya Sendiri” - Siti Sairah

Umirah Pakai Tudung

Ibu kepada penyanyi muda, Ummi Umairah atau lebih dikenali sebagai Umai, Siti Sairah Tarudin, 42, mengesahkan bahawa anaknya kini telah mengenakan hijab sepenuhnya.

Menurut Sairah, keputusan itu dibuat atas kerelaan Umai sendiri tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

Advertisement

“Ya, Alhamdulillah. Umai mula bertudung atas kehendaknya sendiri. Apabila dia mula mengenakan tudung, dia kata dia lebih berasa tenang.

“Sebagai seorang ibu, tentunya saya sangat bersyukur dengan keputusan itu,” katanya.

Bagaimanapun, tambah Sairah, Umai memilih untuk tidak mengumumkan perkara itu secara terbuka kerana mahu melakukannya secara perlahan-lahan.

“Dia tak mahu buat pengumuman apa-apa mengenai hal ini. Dia mahu perlahan-lahan sahaja.

“Kami sekeluarga mendoakan supaya Umai istiqamah dan terus kuat dengan keputusan yang dibuat,” ujarnya.

Mengulas lanjut, kata Sairah, tindakan Umai itu dilakukan tanpa ada sebab tertentu.

“Tidak ada sebab tertentu. Dia sendiri rasa sudah bersedia. Beberapa hari sebelum itu, dia mula memakai tudung setiap kali keluar rumah.

“Saya sempat bertanya sama ada dia benar-benar mahu bertudung, dan dia jawab ya, dia memang mahu.

“Apabila saya mendengar keputusan Umai, pastinya saya terharu. Tiada ibu yang tidak mahu melihat anak perempuannya menutup aurat. Saya sendiri berusaha untuk istiqamah bersamanya supaya dia terus kuat.

“Untuk itu, saya harap semua pihak dapat sama-sama doakan dia. Kadang-kadang doa daripada orang lain itu yang diangkat dan diterima oleh Allah. Insya-Allah, semoga Umai terus kekal dengan keputusan baik ini,” katanya.

Terdahulu, beberapa hari lalu, Umai mengejutkan peminat apabila tampil dengan imej berhijab di media sosialnya sekali gus menuai pujian ramai.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement