Skip to main content

Jenayah

Wanita Tergamak Bunuh Anak Saudara, Dengki Kerana Terlalu Cantik

Wanita bunuh anak saudara

Sekilas

  • Seorang wanita di Panipat, India, ditahan selepas mengaku melemaskan anak saudara perempuannya yang berusia enam tahun kerana cemburu dengan kecantikannya.
  • Kanak-kanak itu ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia selepas hilang semasa majlis perkahwinan berlangsung.
  • Wanita tersebut juga didapati pernah membunuh tiga kanak-kanak lain, termasuk anak lelakinya sendiri.

Seorang wanita tergamak melemaskan anak saudara perempuannya sendiri hanya kerana mangsa lebih cantik berbanding dirinya.

Jenayah kejam itu dilakukan ketika majlis perkahwinan di Panipat, utara India dan dilakukan pelaku kerana cemburu dengan kecantikan anak saudaranya yang berusia enam tahun.

Mangsa hadir di acara itu bersama keluarganya dan dilaporkan hilang ketika majlis itu sedang berlangsung.

Tidak lama selepas itu kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital, namun disahkan sudah meninggal dunia.

Susulan insiden itu, pihak berkuasa menahan ibu saudaranya, Punam yang akhirnya mengaku melakukan pembunuhan itu.

Pegawai penyiasat bagaimanapun terkejut apabila mendapati wanita itu tidak dapat menerima kenyataan mangsa lebih bergaya berbanding dirinya.

"Dia mengikut mangsa ke ruang bumbung dan berpura-pura untuk berbual dengannya. Dia kemudiannya melemaskan mangsa dalam tab mandi plastik berisi air.

"Pelaku mengunci pintu dari luar dan kembali ke majlis itu. Dia mengaku berasa kurang senang melihat mana-mana perempuan yang lebih cantik daripadanya," ujar jurucakap polis.

Lebih mengejutkan, ia bukanlah jenayah pertama kerana Punam pernah membunuh tiga kanak-kanak termasuk seorang anak lelakinya.

Sumber: SINAR HARIAN

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement