Skip to main content

Selebriti

Uyaina Arshad 'Culture Shock' Alami Sembelit Selepas Bersalin, Gambarkan Sakit Ibarat Bersalin Normal - " Saya Tak Boleh Duduk, Baring..."

Uyaina Arshad sembelit

Sekilas

  • Uyaina Arshad berkongsi pengalaman sembelit teruk selepas bersalin yang menyebabkan kesakitan dan kebas pada badan.
  • Dia mendapati sembelit itu normal selepas bersalin walaupun tidak pernah mengalaminya sebelum ini dalam kelahiran anak-anaknya yang lalu.
  • Uyaina akhirnya berjaya mengatasi masalah itu dengan bantuan ubat yang dibeli oleh suaminya dari farmasi.

Pelakon dan pengarah, Uyaina Arshad berkongsi bahawa dia mengalami sembelit yang amat teruk pada pagi semalam.

Menerusi perkongsian di Threads, Uyaina berkata ianya amat sakit sehingga menyebabkan dia tidak boleh membuat sebarang pergerakan bahkan dirinya rasa kesejukan serta alami kekebasan.

"Saya melalui sembelit paling teruk pagi tadi. Tahap sakit dia sampai saya tidak boleh duduk, baring, perut mengeras, pinggang pun dah tak rasa dan saya kebas serta sejuk. Sakit sangat," tulisnya.

Selepas mencari solusi, Uyaina akhirnya mengetahui bahawa keadaan itu normal bagi ibu yang baru bersalin. 

Namun, dia tidak menyangka kerana pengalaman kelahirannya sebelum ini tidak pernah mengalami masalah tersebut.

"Bila saya cari jawapan di internet, rupanya ia normal untuk rasa sembelit selepas bersalin. Tapi mungkin sebab saya tak pernah kena dengan dua orang anak saya sebelum ini. Sepanjang saya hamil pun saya tak pernah kena sembelit," katanya.

Uyaina turut menggambarkan rasa sakit sembelit itu seolah-olah dia melalui proses bersalin secara normal walaupun baru sahaja menjalani pembedahan 'czer'.

"Saya memang culture shock bila saya kena penyakit itu. Rasa sakit dia ibarat saya bersalin secara normal. Bayangkan, saya siap buat squat supaya boleh buang air besar. Padahal, saya baru lepas dibedah.

"Akhirnya, CL saya pergi farmasi dan cari ubat mujarab, barulah saya dapat buang air besar," ujarnya.

Terdahulu, Uyaina mengumumkan bahawa dia telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga menerusi perkongsian di Instagram miliknya.

Sekadar rekod, Uyaina dan suaminya, Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Raha Urhan dan Raja Urayyan.

Must-Watch Video

Advertisement