Skip to main content

Berita

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Sabtu

IMG 9563

Sekilas

  • Hari Raya Aidilfitri 1447H di Malaysia akan disambut pada Sabtu, 21 Mac 2026, menurut pengumuman rasmi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
  • Penetapan tarikh Hari Raya di Malaysia dibuat berdasarkan kaedah Rukyah dan Hisab yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.
  • Negara Arab seperti Arab Saudi, UAE, dan Qatar akan menyambut Aidilfitri sehari lebih awal iaitu pada Jumaat, 20 Mac 2026.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut tarikh 1 Syawal 1447H sekali gus Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac 2026.

Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari hari Sabtu, 21 Mac 2026."

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Dalam pada itu, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar akan menyambut Aidilfitri pada Jumaat (20 Mac).

Istana Diraja Arab Saudi mengumumkan bahawa Mahkamah Agung telah memutuskan hari terakhir Ramadan di negara itu jatuh pada Khamis (19 Mac), manakala 1 Syawal disambut pada Jumaat.

Sementara itu, Istana Presiden UAE turut membuat pengumuman serupa yang menyatakan Khamis merupakan hari terakhir bagi bulan suci Ramadan di negara berkenaan.

Jawatankuasa Pencerapan Anak Bulan Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal Islam Qatar turut mengumumkan Khamis sebagai hari ke-30 dan terakhir bagi bulan Ramadan, manakala Aidilfitri jatuh pada Jumaat.

Sumber: Astro AWANI

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Must-Watch Video

Advertisement