Skip to main content

Berita

Umat Islam Di Malaysia Mula Puasa Pada Khamis

ASTROGEMPAK Puasa

Sekilas

  • Umat Islam di seluruh Malaysia akan mula berpuasa pada 19 Februari 2026, diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
  • Tarikh puasa ditetapkan mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu selepas cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara.
  • Lokasi cerapan termasuk Baitul Hilal Pontian, Kompleks Falak Melaka, Bukit Melawati Selangor, Pantai Pasir Panjang Perak, serta beberapa tempat di Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Khamis, iaitu 19 Februari 2026.


 

Tarikh tersebut diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.


 

Beliau berkata, tarikh itu ditetapkan bagi negeri-negeri di seluruh negara mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.


 

Syed Danial mengumumkan tarikh penting itu secara langsung menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada malam Selasa.


 

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sebelum ini, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara antaranya di Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka.


 

Turut menjadi tempat cerapan anak bulan ialah Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan, serta Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.


 

Di Perak, lokasinya di Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru di Manjung, Pulau Pinang (Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh) serta Kedah (Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar).


 

Lokasi lain ialah di Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut, Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Mukim Merang, Setiu di Terengganu, serta Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu di Kelantan.


 

Selain itu, Pusat Falak Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Bintulu di Sarawak, Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah dan di Pahang melibatkan Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands serta Menara Kuantan 188 juga menjadi lokasi melihat anak bulan.


 

Turut terlibat adalah di Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang, Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.


Sumber - AWANI

Anda mungkin berminat dengan

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Naelofar Iznik Sejadah

Naelofar Iznik Sejadah

Must-Watch Video

Advertisement