Skip to main content

Selebriti

"Tolong Jangan Jadi Toksik Sepanjang Fasa TTC..." - Rozyana Roslan Titip Nasihat Buat Wanita Sedang Cuba Hamil

rozyana roslan

Sekilas

  • Rozyana Roslan berkongsi pengalamannya melalui fasa Trying To Conceive (TTC) termasuk keguguran dan cabaran mengawal emosi.
  • Dia menasihati wanita agar tidak menggunakan fasa TTC sebagai alasan untuk menjadi terlalu emosional atau toksik terhadap orang lain.
  • Rozyana juga menerima komen negatif mengenai statusnya belum mempunyai anak, namun memilih untuk tidak melayan kata-kata tersebut.

Pempengaruh dan personaliti media sosial, Rozyana Roslan mendedahkan bahawa dia pernah melalui fasa sedang berusaha untuk hamil, TTC sebelum ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Rozyana berkata dia juga pernah mengalami keguguran dan mempunyai kesukaran untuk mengawal emosinya.

Bagaimanapun, Rozyana berpesan agar mana-mana wanita tidak menjadikan fasa TTC sebagai alasan untuk menjadi terlalu emosional sehingga bersikap toksik terhadap orang lain.

"Saya pernah melalui fasa TTC. Saya pernah menjadi sensitif, baran, stres dan gugur. Namun, satu perkara sahaja saya nak pesan iaitu ubah cara pemikiran.

"Jangan gunakan faktor TTC sebagai tiket anda untuk menjadi orang yang mudah sensitif dan mudah stres. Tolong jangan jadi toksik sepanjang fasa TTC.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen khususnya wanita yang pernah melalui situasi yang sama turut bersetuju dengan perkongsian Rozyana.

Mereka berpendapat fasa tersebut tidak seharusnya menghalang seseorang daripada terus menikmati kehidupan meskipun belum dikurniakan zuriat.

Terdahulu, Rozyana turut memuat naik paparan skrin komen netizen yang menuduh dirinya mandul disebabkan masih belum mempunyai anak.

Bagaimanapun Rozyana tidak marah dengan komen tersebut namun tidak tahu untuk membalas apa kepada individu itu.

Must-Watch Video

Advertisement