Skip to main content

Selebriti

Terlupa Bayar Jurumekap Sejak 2019, Mimi Lana Mohon Maaf - "Walaupun Nilai Kecil Tapi..."

Mimi lana

Pelakon, Mimi Lana tampil membuat permohonan maaf selepas terlupa untuk melangsaikan hutang pembayaran dengan seorang jurusolek sebanyak RM200 sejak tahun 2019.

Menerusi Threads, Mimi akui bahawa terdapat mesej peringatan dari jurumekap berkenaan dan dia mengakui kekhilafaannya kerana terlepas pandang mesej berkenaan.

"Maafkan saya baru periksa awal punya DM.  Ada satu DM peringatan dari awak untuk bayar RM200 sejak tahun 2019.

"Saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab terlepas pandang. Terima kasih ingatkan saya sebab saya pun dah terlupa," tulisnya.

Aktres filem Pusaka ini turut menjelaskan bahawa dirinya tidak pernah gagal melunaskan segala pembayaran yang berkaitan dengan solekan selama ini.

Menurut Mimi, urusan pembayaran ini kebiasaannya akan diselesaikan oleh pengurusnya namun tidak menafikan bahawa ada beberapa perkara yang pihaknya sendiri terlepas pandang.

"Setakat ini, saya tak pernah lagi tak bayar mana-mana jurumekap artis.

"Kadang-kadang ada benda yang saya terlepas pandang dan selalunya PA saya yang akan selesaikan untuk pihak saya.

"Walaupun nilai kecil tapi besar bagi orang yang dah bekerja. Tak sepatutnya berlaku," ujarnya.

Terdahulu, seorang jurumekap mendakwa seorang pelakon terkenal tidak membayar khidmat solekannya meskipun telah diberi peringatan berulang kali.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement