Skip to main content

Selebriti

Terima Anugerah Konvokesyen, Netizen Puji Cik B Makin Kurus - "Sumpah Nampak..."

Cik B Anugerah

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B menyorot perhatian warganet selepas menghadiri sebuah majlis konvokesyen, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Cik B atau nama penuhnya Edlynn Zamilleen dilihat mengenakan jubah konvokesyen serta mortar board di kepalanya sambil menerima anugerah 'USS VOYAGER AWARD' di atas pentas.

Advertisement

"Alhamdulillah," tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen membanjiri ucapan tahniah atas pencapaiannya itu.

"Tahniah Cik B.

"Tahniah, comel je yang lekat kat pipi tu. Tak mau dilapnya.

"Mama tak 'behave' eh Cik B. Tahniah.

"Tahniah awak, semoga terus Berjaya," komen netizen.

Ada juga yang sempat memuji Cik B kerana berat badannya dilihat semakin kecil.

"Sumpah Cik B Nampak makin kurus.

"Dah kurus la Cik B. Tahniah," tambah mereka.

Must-Watch Video

Advertisement