Skip to main content

Selebriti

Tempat Didakwa 'Keras', Ini Cadangan Shila Amzah - "Saya Rasa Tempat Itu Perlukan.."

Shila Amzah Suruh Basuh Tempat Mistik

Penyanyi, Shila Amzah menarik perhatian warganet kerana mengeluarkan sebuah kenyataan mengenai sebuah tempat yang didakwa berpenghuni dan penuh mistik.

Menerusi perkongsian di Thread, dia menyarankan agar tempat berkenaan 'dibersihkan' bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Advertisement

"Saya rasa tempat tu perlukan 'deep cleanse'. Ya Allah minta dijauhkan," tulisnya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Shila dan ada juga yang bercerita mengenai pengalaman sendiri di tempat berkenaan.

"Berdiri bulu tengkuk.

"Ya betul, sebenarnya ramai sangat dah kena kat situ, tapi diam sahaja.

"Serius la Sha, takutnya.

"Betul, setuju.

"Sebab banyak pertandingan buat kat situ, jadi peserta pun main bomoh kan. Jadi, belaan mereka pun ada kat sana. Adu, seramnya.

"Belum lagi parking bawah tu. Bila balik pukul satu pagi ikut tangga memang 'auto' selawat dan ayat kursi," komen netizen.

Sebelum ini, penyanyi Aisha Retno dan Ahmad Dayyan mencuri perhatian ramai apabila mereka tumbang ketika membuat persembahan di pentas akhir Talk To My Manager pada Ahad lalu.

Kejadian itu mencetuskan tanda tanya ramai apabila muncul dakwaan mereka mengalami gangguan misteri sewaktu berada di atas pentas.

Must-Watch Video

Advertisement