Sekilas
- Konsert pertama Talk To My Manager 2 (TTMM2) menyaksikan pasangan Pak Azad & Amarra diumumkan tersingkir walaupun ia hanya gimik semata-mata.
- Barisan pengurus dan artis yang bertanding termasuk nama popular seperti Dato’ Sri Vida, Adira, dan Linda Jasmine bersama artis masing-masing.
- Program dikendalikan oleh Aznil Nawawi dan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria serta boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka.
Konsert pertama Talk To My Manager 2 (TTMM2), menyaksikan tiga pasangan pengurus dan artis, Pak Azad & Amarra, Nana Mahazan & Althea serta Linda Jasmine & Ratu berada di tangga tiga terbawah.
Bagaimanapun, Pak Azad & Amarra diumumkan sebagai peserta tersingkir selepas mendapat markah terendah daripada barisan juri.
Namun, semua itu hanyalah gimik semata-mata dan kesemua bintang berjaya mara ke minggu seterusnya.
Antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.
Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.
Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim dan AC Mizal.
Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.
Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.