Skip to main content

Berita

Takwim Persekolahan 2026 Kembali Ke Bulan Januari

sekolah

Kalendar akademik persekolahan tahun hadapan akan bermula pada Januari, seperti takwim persekolahan sebelum pandemik Covid-19.

Sesi persekolahan bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan akan bermula pada 11 Januari hingga 31 Disember 2026 (negeri Kumpulan A) dan 12 Januari hingga 31 Disember 2026 (negeri Kumpulan B).

Advertisement

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, kejayaan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada Januari dilakukan secara berperingkat dan tertib, serta tanpa mengganggu pengoperasian institusi pendidikan.

"Ia adalah hasil perancangan rapi dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pendidikan di semua peringkat.

Usaha ini menyerlahkan tekad KPM untuk memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kalendar Akademik Tahun 2026 boleh dimuat turun daripada portal KPM melalui pautan https://www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun2025-kalendar-akademi. 

Must-Watch Video

Advertisement