Skip to main content

Viral

Takut Dimarahi Isteri, Lelaki Reka Cerita Kena Rompak Lepas Gadai Motosikal

Takut Isteri Lelaki Reka Cerita

Seorang lelaki di Bogor, Indonesia mencuri perhatian warganet selepas terbongkar kisah sebenar di sebalik dakwaan dirinya menjadi mangsa rompak.

Pada awalnya, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Toni mendakwa motosikal serta beg miliknya dilarikan sekumpulan perompak, malah laporan polis turut dibuat.

“Saya lalu, kemudian ada dua motosikal datang dari belakang. Saya lari minta tolong, tapi tak ada yang tolong. Mereka ambil dompet dan motosikal saya,” katanya.

Polis mengesahkan bahawa Toni sebenarnya mereka cerita berkenaan kerana takut dimarahi isterinya selepas menggadaikan motosikal tersebut.

Selepas memberi keterangan, Toni dibenarkan pulang ke rumah.

Dalam masa sama, pihak polis mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan atau mereka-reka maklumat kerana tindakan itu boleh menimbulkan kekeliruan serta menyulitkan tugas penguatkuasaan.

Advertisement

Must-Watch Video