Skip to main content

Selebriti

Tak Pernah ‘Petik’ Nama Umisya, Abby Abadi Tegaskan Dah Banyak Kali Nasihat Marissa - “Saya Tahu Dia Bersalah…”

Astrogempak

Sekilas

  • Abby Abadi menegaskan dia tidak pernah menyebut isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan, dalam sebarang kenyataan sebelum ini.
  • Abby mengaku sudah menasihati anaknya, Marissa Dania, supaya tidak mengganggu rumah tangga orang lain tetapi usaha itu gagal.
  • Abby menafikan dakwaan sering bertemu Umisya dan memohon agar isu ini tidak diperbesarkan secara berlebihan oleh mana-mana pihak.

Kemelut rumah tangga melibatkan pasangan sensasi, Marissa Dania dan Aslam dilihat masih berpanjangan apabila ibu kepada Marissa, Abby Abadi serta isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan, saling berbalas kenyataan di media sosial.

Abby yang dimaklumkan mengenai perkongsian Umisya tampil memperjelaskan bahawa dirinya tidak pernah menyentuh atau memetik nama wanita itu dalam mana-mana kenyataan sebelum ini.

Malah, Abby turut menegaskan bahawa dia tidak pernah menyokong tindakan anaknya mengganggu rumah tangga orang lain, sebaliknya sudah berusaha menasihati Marissa namun tidak berjaya.

"Saya diberitahu tentang ini. Saya baca dan ingin jelaskan bagi pihak saya. Sejak awal lagi, hal Aslam dan Marissa ini saya tak pernah sebut pun tentang isterinya sebab saya memang tak nak cakap apa-apa tentang belah sana. 

"Saya tahu dia pasti dah terluka dengan apa yang berlaku. Tapi bila jadi hal seperti ini dan bila Aslam serta Marissa teruskan juga sampai nikah di Thailand, saya berbunyi juga. Saya tak sokong pun anak saya sebab saya tahu dia bersalah sebab masuk dalam rumah tangga orang lain. Saya cuba tarik anak saya namun tidak berjaya," tulisnya.

Dalam pada itu, Abby turut berkata dia telah membiarkan hubungan Marissa dan Aslam cukup lama, namun kembali bersuara apabila timbul isu berkaitan pengesahan cerai dan rujuk di mahkamah.

"Apa jadi selepas 2 tahun? Disebabkan anak saya nak sangat pada Aslam yang saya juga tak tahu apa sebabnya, saya biarkan dua tahun berlalu. Namun, tiba tiba keluar pula cerita dia turun naik mahkmah tentang lafaz cerai dan rujuk. Apabila saya berbunyi lagi dan marahkan Aslam sebab mempermainkan anak saya, salah ke? 

"Selepas itu, tiba tiba pula orang lain yang sebut pihak sana. Pihak sana pula sibuk menyalahkan saya dan kata saya itu ini. Dah nasihat tapi tak nak dengar, membantah? Nak jelaskan apa sebenarnya," ujarnya.

Dalam hantaran sama, Abby turut menafikan dakwaan kononnya dia kerap bertemu dengan Umisya, sebaliknya menjelaskan mereka hanya pernah berjumpa sebanyak dua kali sahaja.

Dia turut akui bahawa anaknya telah tersalah langkah namun memohon agar mana-mana pihak tidak mereka cerita secara berlebihan.

"Minta pihak mana buat laporan polis iti seakan ditujukan pada saya. Tulis berkali kali jumpa padahal baru dua kali. Pertama ketika Aslam ada hubungan dengan anak saya dan kedua, selepas tahu mereka menikah di Thailand. 

"Anak saya memang bersalah sebab masuk dalam rumah tangga orang tetapi jangan berlebihan mereka cerita. Benda tiada jangan adakan,"jelasnya.


Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

Must-Watch Video

Advertisement