Skip to main content

Selebriti

"Tahap Fitnah & Sangkaan Buruk Sangat Melampau Dan Menyedihkan..." - Ibu Aliff Aziz

WhatsApp Image 2026 04 12 at 10.42.51 AM

Sekilas

  • Siti Hafiza, ibu kepada Aliff Aziz, meluahkan kekecewaan terhadap budaya fitnah yang semakin berleluasa dalam masyarakat dan menegaskan pentingnya akhlak yang baik.
  • Beliau mengingatkan diri supaya tidak terjerumus dalam menyebarkan fitnah dan menghakimi orang lain, serta menyerahkan segala penilaian kepada Allah.
  • Siti Hafiza juga menyatakan rasa reda dan syukur atas ujian hidup yang dilalui serta menghargai doa dan sokongan daripada orang ramai.

Ibu kepada penyanyi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza meluahkan rasa kecewa terhadap budaya fitnah yang dilihat semakin berleluasa dalam masyarakat.

Hafiza, atau nama penuhnya Siti Hafiza Basharahil berkata, perbuatan tersebut bukan sahaja membimbangkan, malah mencerminkan akhlak seseorang individu.

"Tahap fitnah, sangkaan buruk dan kebencian yang ditunjukkan sangat melampau dan menyedihkan. Mereka menggelar diri sebagai Muslim, sedangkan hakikatnya akhlak itu lebih buruk daripada orang kafir, nauzubillah.

"Semoga Allah mengurniakan mereka ketenangan dan kelembutan hati,"tulisnya.

Dalam masa sama, dia turut bermuhasabah diri agar tidak tergolong dalam kalangan yang gemar memfitnah serta menyebarkan kebencian.

"Saya sentiasa mengingatkan diri supaya tidak terjerumus dalam tipu daya syaitan seperti menyebarkan fitnah, mengumpat dan menghakimi orang lain.

"Hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan berhak menilai segala sesuatu," katanya.

Menurutnya lagi, dia reda dengan setiap ujian yang berlaku dalam hidupnya dan amat menghargai mereka yang sentiasa mengambil berat serta mendoakan kesejahteraan keluarganya.

"Alhamdulillah, Allah membuka hati saya untuk menerima apa jua yang datang dalam hidup, sama ada baik atau buruk, dengan penuh kesyukuran.

"Terima kasih kepada mereka yang menghubungi dan mendoakan kami. Kami berada dalam keadaan baik dan bahagia, Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah.

"Kami sangat menghargai segala kasih sayang dan doa yang diberikan," ujarnya.

Perkongsian tersebut nyata mencuri perhatian ramai dengan rata-rata netizen mengaitkannya dengan isu Hafiza yang didakwa menutup wajah Bella dalam gambar yang dipamerkan di kediamannya di Singapura.

 


 

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement