Ringkasan AI
- Syamimia berkongsi pengalaman dikecewakan oleh seorang individu yang didakwa 'gatekeep' dalam soal penghasilan video.
- Individu tersebut membalas komen rakan lain tetapi mengabaikan soalan Syamimia, menyebabkan dia menjauhkan diri.
- Syamimia juga perasan ada mini pempengaruh yang tidak selesa dengan dirinya dan mempersoalkan niat mereka.
- Dia dedah ada pencipta kandungan yang mengumpat rakan lain tetapi rapat semula bila Syamimia tiada.
- Syamimia minta maaf jika sikapnya berubah dan kini lebih berhati-hati dalam memilih kawan demi menjaga hati sendiri.
Pempengaruh Syamimia mendedahkan pengalamannya berdepan seorang individu yang didakwa 'gatekeep' dengan pertanyaan darinya berhubung cara penghasilan video.
Menerusi perkongsian di Threads, Syamimia bertambah kecewa apabila melihat individu berkenaan masih boleh membalas komen rakan-rakan lain namun tidak pada dirinya.
"Dulu sebelum saya terkenal, dia selalu tanya saya macam mana edit video dan ada keyakinan diri yang tinggi. Saya pun kongsikan apa yang saya tahu sebab saya rasa kita patut bantu wanita lain.
"Tapi bila giliran saya yang tanya soalan, dia tidak memberi sebarang jawapan pada saya langsung. Namun dia sangat rancak membalas komen rakan-rakan lain. Sejak dari itu saya ingin menjauhkan diri dari dia," tulisnya.
Dalam masa sama, dia turut mendedahkan bahawa ada segelintir mini pempengaruh yang tidak selesa dengan dirinya sambil mempersoalkan tindakan mereka yang tidak berasas itu.
"Saya perasan segelintir mini dan micro pempengaruh makin tidak selesa dengan saya. Saya tertanya adakah mereka melihat saya sebagai pesaing atau sebenarnya itu adalah diri mereka yang sebenar.
"Belum lagi saya cerita beberapa pencipta kandungan yang berkawan dengan saya tapi mengumpat CC yang lain, namun bila ketiadaan saya mereka rapat dengan individu yang mereka umpatkan," ujarnya.
Syamimia turut memohon maaf pada rakan-rakannya jika mereka melihat dia tidak seperti dahulu lagi kerana dia kini semakin berhati-hati dalam berkawan dan memerlukan ruang untuk sembuh dari luka lama.
"Saya minta maaf jika sikap saya dilihat semakin menjauh dan tidak beramah mesra di media sosial dengan korang macam dulu. Saya cuma berhati-hati dalam memilih kawan. Saya cuma fokus kehidupan saya untuk jadi lebih baik. Saya sedang menjaga hati saya dari terus disakiti. Saya perlukan masa untuk memaafkan," jelasnya.
Berikut merupakan luahan penuh dari Syamimia:
