Skip to main content

Berita

Stok Simpanan Beras Negara Ditingkatkan Kepada 300,000 Tan Metrik - Mohamad

Stok simpanan beras negara

Sekilas

  • Kerajaan menambah stok simpanan beras negara kepada 300,000 tan metrik sebagai persediaan menghadapi kemungkinan gangguan bekalan akibat krisis tenaga global.
  • Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohamad Sabu, menegaskan usaha ini bertujuan memastikan bekalan beras sentiasa mencukupi dan terjamin untuk rakyat.
  • Kerajaan juga mengajak rakyat berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran bagi menjaga keterjaminan makanan negara.

Kerajaan menambah stok simpanan beras negara kepada 300,000 tan metrik sebagai langkah persediaan awal menghadapi kemungkinan gangguan bekalan susulan krisis tenaga global.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, langkah itu bertujuan memastikan bekalan beras negara kekal mencukupi dan terjamin, selain menjaga keperluan asas rakyat

“Kerajaan sentiasa memantau keadaan dan terus bekerja untuk memastikan keperluan asas semua terjaga dengan baik. Pada masa sama, Bang Mat nak ajak semua rakyat untuk terus berjimat cermat dan elakkan pembaziran.

“Insya-Allah, segala usaha ini adalah demi memastikan keterjaminan makanan negara sentiasa kukuh, dan setiap rakyat terus menikmati bekalan mencukupi dan terjamin,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Pada 13 Mac lepas, Mohamad dilaporkan berkata kerajaan bersetuju meningkatkan stok simpanan beras negara hingga tempoh sembilan bulan sebagai langkah awal memastikan keterjaminan bekalan makanan negara susulan ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat.

Sumber: Awani menerusi Bernama

Anda mungkin berminat dengan

4-8PCS Energizer AA/AAA Rechargeable Battery 900mAh 2450mAh with Storage Box, Universal 4 Slots LCD Display Smart NI-MH Battery Charger UK Plug Power Adapter

4-8PCS Energizer AA/AAA Rechargeable Battery 900mAh 2450mAh with Storage Box, Universal 4 Slots LCD Display Smart NI-MH Battery Charger UK Plug Power Adapter

🔥Cat Paw 4/5 Tier Corner Rack Storage Toilet Rack Bathroom Rack Kitchen Rack Floor Shelf Punch-Free Rak Bilik Mandi 浴室架

🔥Cat Paw 4/5 Tier Corner Rack Storage Toilet Rack Bathroom Rack Kitchen Rack Floor Shelf Punch-Free Rak Bilik Mandi 浴室架

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement