Skip to main content

Antarabangsa

Serangan Udara Terhadap Iran: Lapangan Terbang, Hotel Mewah di Dubai Dibedil

Astro Gempak dubai bedil

Sekilas

  • Serangan Iran ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai menyebabkan kerosakan dan empat individu cedera, mengakibatkan penggantungan semua penerbangan di DXB dan Al Maktoum.
  • Hotel Fairmont The Palm di Dubai turut terbakar akibat serangan tersebut, dengan asap tebal memenuhi ruang udara.
  • Tentera Iran melancarkan serangan balas ke atas empat tapak ketenteraan AS di rantau Teluk sebagai tindak balas kepada serangan bersama AS-Israel di Iran.

Kesepakatan yang gagal dicapai mengenai rundingan nuklear Amerika Syarikat (AS) dan Iran kini mula menunjukkan kesan yang sangat menakutkan dunia apabila 
serangan ketenteraan dan serangan balas terus meluas di Timur Tengah.

Terkini, Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) mengalami kerosakan susulan serangan Iran pada malam tadi, yang menyasarkan beberapa lokasi di negara Teluk, kata sumber penerbangan.

Dalam kejadian itu, pihak berkuasa mengesahkan empat individu mengalami kecederaan setakat ini, lapor Berita Harian.

Menurut pejabat media Dubai menerusi platform X, sebuah ruang legar di DXB mengalami kerosakan kecil dalam satu kes yang berjaya dikawal dengan pantas, namun tiada butiran lanjut mengenai perkara itu.

Sumber memberitahu salah satu terminal di lapangan terbang berkenaan yang lazimnya dikenali sebagai hab penerbangan paling sibuk di dunia, rosak akibat serangan Iran, tetapi cuma dirujuk pihak berkuasa sebagai satu kes.

Sementara itu, peta penjejakan penerbangan menunjukkan ruang udara di sebahagian besar rantau itu hampir kosong.

Ia menyaksikan Dubai Airports menggantung semua penerbangan di DXB serta Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum, sambil menasihati penumpang tidak menuju ke lapangan terbang.

Syarikat penerbangan Emirates dan Flydubai turut menghentikan operasi mereka, manakala Etihad menggantung semua penerbangan berlepas dari Abu Dhabi sehingga pagi ini.

Selain lapangan terbang, beredar video dan foto hotel mewah di Dubai terbakar selepas dibedil Iran.

Menerusi video yang disahkan sahih oleh BBC, api kelihatan marak di Hotel Fairmont The Palm pada Sabtu. Asap tebal dilihat memenuhi ruang udara akibat kebakaran yang terjadi.

Serangan tersebut telah membuat empat orang tercedera, bagaimanapun tiada perkembangan terperincin dimaklumkan.

Tentera Iran memaklumkan bahawa pihaknya melancarkan serangan ke atas empat tapak ketenteraan AS di Qatar, Bahrain, Kuwait dan UAE sebagai tindak balas terhadap serangan bersama AS-Israel di seluruh Iran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sasaran termasuk Pangkalan Udara Al Udeid di Qatar, Pangkalan Udara Al Salem di Kuwait, Pangkalan Udara Al Dhafra di UAE serta armada tentera laut AS di Bahrain, menurut Agensi Berita Fars Iran.

AS dan Israel mula melancarkan serangan ke atas beberapa lokasi di seluruh Iran pada Sabtu, termasuk di ibu negara Tehran, ketika ketegangan antara negara terbabit memuncak menjadi konflik terbuka.

Gelombang peluru berpandu turut dilancarkan oleh tentera Iran ke arah Israel.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Must-Watch Video

Advertisement