Skip to main content

Selebriti

Selalu Buat Onar! Restoran Terkenal Thailand Larang Pelancong Isra*l Masuk Dalam Premis

Restoran tak kasi israe masuk

Kempen boikot terhadap Israel termasuk pelancong dari negara itu semakin meningkat di banyak negara, termasuk di sebuah restoran popular di Thailand.

Seorang pelancong Israel yang dikenali sebagai Itzik meluahkan rasa tidak puas hati selepas mendakwa dirinya dimalukan ketika mahu memasuki sebuah restoran di Koh Phangan yang meletakkan papan tanda “No Israelis”.

Advertisement

Itzik dan rakan-rakannya telah dihalang daripada memasuki premis tersebut setelah staf restoran menunjukkan papan tanda larangan itu yang digantung pada pintu masuk.

Ketika Itzik cuba mempersoalkan tindakan berkenaan, pemilik restoran hanya menjelaskan bahawa larangan tersebut dikenakan kerana kumpulan pelancong Israel sebelum ini hanya memesan dua hidangan, sekali gus menyebabkan kerugian kepada pihak restoran.

Itzik mendakwa kejadian itu sebagai sentimen anti-Yahudi dan menyatakan ia mencemarkan imej pulau tersebut yang sering dikunjungi pelancong dari Israel.

Difahamkan, pelancong Israel lain turut berdepan larangan serupa di restoran yang sama.

Seorang wanita turut mendakwa dia dan teman lelakinya telah dihalau hanya kerana kekasihnya tidak memesan sebarang makanan.

Sumber: Sinar Harian

 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement